Wednesday, December 31, 2008

Menunggu Kontena Sampai


Penantian kehadiran kontena ke Tangkak akhirnya terjawab. Hari ni dapat panggilan dari agen di Kulala Lumpur Encik Ali, yang mengatakan kedua-dua kontena kami telah selamat sampai di Port Klang semalam. Alhamdulillah...penantian kami terjawab juga. Maklumlah sejak balik hari tu kami sekeluarga memang menanti barang-barang dari UK ni sampai kerana banyak barang keperluan di dalamnya. Insyallah kontena itu akan di bawa ke Tangkak dengan treller ke rumah kami pada hari Sabtu ini. Rumah kami di Jalan Harmoni 13, Taman Sialang 3, telah bersedia untuk di muatkan barang-barang dari kontena tersebut. Untuk pengetahuan, kami sekarang ini tinggal sementara di rumah ibu mertuaku di Taman Permata, Tangkak. Ini ada gambar rumah kami di Sialang 3 yang kosong.

Saturday, December 27, 2008

Bertunang


Pada 25 Disember, yang lepas, aku dijemput untuk mengiringi anak saudaraku yang lelaki menyempurnakan majlis pertunangan. Ini merupakan kali pertama ikut serta dalam majlis tunang menunang ini. Adat ini masih di pegang oleh orang tua di kampung. Walaubagaimanapun majlis ini telah di ringkaskan mengikut peredaran zaman, agar lebih mudah dan tidak menyusahkan kedua belah pihak. Berikut ada sedikit gambar yang sempat di rakam.

Thursday, December 11, 2008

Tarik Upih



Sejak balik dari UK, anak-anak sangat gembira. Mereka bebas bermain bersama sepupu-sepupunya di sini. Bermain basikal, main guli, baling tin, main mercun dan segala mainan yang tidak ada di UK dicubanya. Aku sempat merakam gelagat anak-anak ketika mereka sedang bermain.

Tuesday, December 09, 2008

Selamat Pulang ke Tangkak



Kami sekeluarga selamat sampai ke bandar kelahiranku pada jam 8.00 malam. Banyak juga perubahan yang berlaku setelah 3 tahun meninggalkan bandar tercinta ini. Peluh mula melelah ketika keluar dari KLIA yang selama 3 tahun ianya tak pernah berlaku...hehe. Masing-masing agak gembira kerana dapat pulang bertemu saudara mara dan atuk mereka yang tidak sabar menunggu sejak petang lagi. Maka terjadilah adigan ala "jejak kasih" antara atuk dan cucu serta menantu...heheh. Nasib baik tak banjir.

Sambutan dari keluarga sungguh meriah. Maklumlah sudah tiga tahun tidak balik. Alhamdulillah akhirnya kami sampai juga ke Tangkak dengan selamatnya.

Friday, December 05, 2008

Selamat Tinggal Coventry



Perjalanan dari Coventry ke Heathrow London, memakan masa hampir 2 jam 10 minit. Cuaca sejuk dan hujan renyai mengiringi kami ke lapangan terbang London dan tambang yang perlu dibayar untuk van adalah, sebanyak 100 pound. Kami menunggu sebelum masuk ke pesawat hampir 4 jam setengah. Pesawat MAS yang membawa kami sekeluarga berlepas tepat jam 10.00 malam. Perjalanan yang memakan masa 12 jam itu berjalan lancar sehinggalah kami selamat sampai di bumiku tercinta, tepat jam 6.45 petang. Selamat Tinggal Coventry dan Selamat Pulang untuk ku sekeluarga...

Thursday, December 04, 2008

Hari Terakhir di Coventry

Hari terakhir di Coventry agak sibuk. Mujur seorang sahabat pinjamkan kereta untuk membuat segala urusan. Urusan bank, urusan sekolah anak-anak, tuntutan tax, dan beli belah kali terakhir dapat di uruskan dengan cepat dengan adanya kereta ini. Terima kasih pada saudara Mabruk atas ihsan anda.

Rumah sudah 90 peratus kosong. Barang-barang rumah banyak di serahkan kepada keluarga baru yang baru tiba, terutamanya keluarga Pak Lah dan menantunya. Gembira dapat berkenalan dengan Pak Lah sekeluarga yang sudah lama bermastautin di Mekah. Insyallah kalau panjang umur dapat bertemu Pak Lah dan Mak cik Fatimah di Mekah nanti.

Jiran dan kawan-kawan juga banyak membantu meminjamkan duvet dan periuk untuk kali terakhir. Terima kasih kepada Ayu, Marjan dan Khadijah. Sebelum bertolak ke London, makan tengahari di taja oleh Khadijah. Ayam pangang yang di hidang sungguh enak. Terima kasih banyak-banyak kalau ada umur ke Coventry boleh rasa ayam panggang D lagi ...hehe

Post ini di buat ketika orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi. Aku masih terkelip-kelip di dalam gelap... tak boleh tidur lah, sebab waktu di UK masih pukul 8.00 malam. Gambar-gambar lain akan dipos kemudian kerana internet sangat 'slow'...huhu

Monday, December 01, 2008

Kontena lagi

Sebuah lagi kontena tiba di hadapan rumah di awal pagi. Kali ini untuk mengangkut kereta pula. Kerja-kerja memasukkan kereta-kereta ini ke dalam kontena, bukan mudah. Sebuah trak pengangkut kereta diperlukan. Dalam cuaca yang mencecah -2 darjah menyebabkan aku kesejukkan di luar rumah. Tapi oleh kerana ingin melihat sendiri bagaimana kerja-kerja memasukkan kereta ini di jalankan menyebabkan aku memakai baju tebal dan merakamkan setiap detik bagaimana kedua buah kereta itu berjaya di masukkan. Di sini ada beberapa gambar yang sempat di poskan untuk kawan-kawan. Untuk dua hari ini aku tidak mempunyai kereta...huhu

Rezeki Hari Minggu


Semalam, memang murah rezeki kami. Sarapan pagi di taja oleh Marjan dan Rushdi. Kami sekeluarga di jamu dengan makanan yang enak-enak terutamanya karipap Marjan, yang lazat. Makan tengahari pula, kawan-kawan di Nursery buat 'farewell party' untuk aku di sebuah restoren berhampiran. "Thanks everyone". Manakala makan malam, pula kami dijemput ke rumah Tok Penghulu Coventry Zikri dan Su. Nasi ayam istimewa jadi hidangan. Terima kasih kami sekeluarga ucapkan. Semoga rezeki kalian juga bertambah murah hendaknya..amin.

Saturday, November 29, 2008

Sekolah Hidayah

Sepanjang aku di sini, tahun ini merupakan tahun di mana sekolah Hidayah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari ibu bapa. Jadi hari Sabtu merupakan hari di mana warga Coventry berkumpul di sini. Hari ini merupakan hari terakhir, anak-anakku bersekolah di sini. Kebetulan hari ini juga ada sambutan hari jadi oleh anak-anak sekolah yang di sambut bersama. Jadi dikesempatan itu juga mereka mengucapkan 'Selamat Jalan' kepada kami sekeluarga yang akan berangkat pulang pada 3 Disember ini. Berikut adalah gambarr-gambar yang sempat di ambil tadi.

Friday, November 28, 2008

'Last Day' dan 'First Day'




Hari ini merupakan hari terakhir ('last day') aku bekerja di Little Angles Day Nursery. Kebetulan hari ini juga merupakan hari jadi Boss kesayangan aku Rita. Jadi kami adakan 'surprise party' untuknya. Selepas itu banyaklah sesi bergambar untuk kenangan bersama kawan-kawan di nursery. 'I will miss you all'. Segala kenangan di sini akan menjadi kenangan abadi dalam hidup.

Hari ini juga merupakan hari pertama ('first day') aku sekeluarga menjejakkan kaki ku ke bumi England ini. Jadi sudah tiga tahun genap kami di sini. Kami ke mari sejak 28 November, 2005. Di sini ada gambar di saat kami menjejakkan kaki ke UK ini.

Thursday, November 27, 2008

'Loading'





Hari ini merupakan hari memunggah barang ke kontena. Selepas subuh lagi aku dah sibuk ke dapur untuk memasak. Kontena datang tepat jam 9.00 pagi. Kerja-kerja me'loading' barang bermula dengan bantuan warga Malaysia di Coventry ini. Rumah yang sebelum ini sempit sekarang ini sudah luas dan lapang. Lega rasanya setelah kerja-kerja memunggah barang selesai jam 12.00 tengah hari. Baryani 'Suzana' jadi hidangan kawan-kawan yang datang membantu. Syukur kerana segalanya berjalan dengan lancar. Lepas ni ada satu lagi kontena untuk me'loading' kereta pula.

Saturday, November 22, 2008

'Wraping'



Minggu lepas kerja-kerja me'wraping' perabot dimulakan. Kerja-kerja ini dibuat sekeluarga. Memang kami bergotong royong membungkus perabot-perabot yang hendak di bawa balik nanti takut calar ataupun rosak ketika dibawa ke kontena nanti. Ruang tamu dah semakin sesak dengan perabot yang dibungkus dan juga kotak-kotak. Selain itu kami juga akan membawa balik mesin basuh dan 'freezer'. Semuanya perlu di 'wrap'. Kami hanya ada empat hari saja lagi sebelum semua barang akan diangkut ke kontena. Mmm..apa lagi yang nak dibungkus ye??...

Wednesday, November 12, 2008

'Packing'


Lama tidak meng'update' blog ini. Sibuk?? mmm... memang sibuk juga. Masih bekerja seperti biasa dan ini merupakan bulan terakhir. Banyak barang yang belum 'pack' lagi. Kadang-kadang susah juga nak 'pack' barang ni. Ambil masa juga, sebab kalau barang-barang kaca, terpaksa bungkus betul-betul, takut pecah.. Anak-anak bantu juga, tapi yang kaca biasanya aku 'pack' sendiri. Keadaan rumah dah semakin sempit, penuh dengan kotak-kotak dan hampir cecah bumbung... hehe. Banyak juga tu... Oklah nak 'packing' baju pula hari ini.

Wednesday, November 05, 2008

Khairul Bariyah

Mmmm...... itu nama anak ku yang ke tiga yang maknanya sebaik-baik makhluk. Harap-harap betullah dia menjadi makhluk Allah yang baik ...Amin...

Hari ini hari lahir dia yang ke 14 tahun. Teringat aku sewaktu 14 tahun yang lalu ketika aku melahirkan dia di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur di mana suamiku yang jadi bidan, sebab ketika itu doktor lambat sampai. Nasib baik dia tak panik...dan aku rasa dia lah yang paling mudah keluar sebab saiznya yang kecil cuma sebesar kotak tisu dan beratnya pula 2.1 kg sahaja. Masa dia keluar 'water bag' pun tak pecah (dia keluar dengan 'water bag' sekali).

Jadi hari ini, seperti tradisi keluarga 'birthday girl' kena baca ikrar dan muhsabah diri. Kena janji untuk perbaiki diri masing-masing setiap kali hari jadi masing-masing tiba. Mudah-mudahan dia jadi anak yang sollehah nanti...amin

Monday, November 03, 2008

"Resign!"


Hari ini aku serahkan surat 'resign' di Little Angle Day Nursery.Bulan ini merupakan bulan terakhir aku di sini. Kalau dikira tarikh hari ini, aku sudah bekerja di nursery ini selama dua tahun dua bulan. Banyak pengalaman yang dapatku timba di sini. Terutama kawan-kawan di sini semuanya baik-baik belaka. Kami sangat rapat macam sebuah keluarga yang mempunyai pelbagai bangsa.

Bossku Rita (berbangsa India yang lahir dan dibesarkan di Kenya), memang baik orangnya. Aku dan dia sangat rapat, segala masalah di nursery akan di bincang bersama aku... kelakar juga, kadang-kadang sebab boss boleh percaya dan terima idea dari aku yang hanya bekerja di bahagian dapur. Jadi oleh kerana dia "sangat" percaya pada 'Malaysian' dia mahu aku carikan 'Malaysian' juga untuk ganti tempat aku. Allhamdulillah aku dapat cari kawan yang memang baik, untuk ganti tempat aku ini..

Bekerja di sini memanglah seronok, sebab aku dikelilingi oleh anak-anak kecil yang comel-comel belaka. Aku cuma bertanggung jawab menyediakan makanan mereka. Lain-lain hal berkaitan dengan mereka adalah tanggungjawab 'Nursery Nurse' yang lain. Aku akan merindui mereka semua bila aku pulang nanti.

Tuesday, October 28, 2008

Hari Lahir dan Salji


Semalam merupakan hari jadi ku yang ke 42. Allhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran pada Allah kerana memberiku kesihatan dan aku berpeluang bernafas lagi. Usia yang semakin tua mengingatkan kita kepada kematian yang semakin hampir, mudah-mudahan dengan usia yang ada menjadikan aku lebih sentiasa mengingat pada yang Esa.

Awal-awal pagi lagi aku sudah mendapat ciuman dan pelukan Selamat Hari Lahir dari anak-anak. Allhamdulillah, shukur, mendapat anak-anak yang solleh dan sollehah memang impian semua. Pada petangnya aku mendapat 'kejutan' (sebenarnya tak tekejutpun hehe) mendapat kek dan hadiah dari anak-anak.Tiga buku kek coklat dari Tesco dan dua kotak coklat dan kad ucapan dari anak-anak. Masing-masing berkongsi untuk membeli hadiah-hadiah tersebut. Mereka juga bergotong royong membuat pizza untuk aku sempena 'Hari Jadi' ibunya. Mmm, kalau hari-hari macam ni kan best...hehe

Cuaca di luar memang sejuk. Semalam salji mula turun di Coventry. Suhu mencecah -2 darjah menyebabkan aku tidak berminat untuk keluar rumah. Begini lah cuaca di UK ni, selalu tidak menentu. Ini merupakan musim sejuk terakhir aku di sini.. tahun depan insyallah akan menyambut musim tengkujuh di Malaysia pula.. insyallah

Ini kad 'Birthday' dari kawan-kawan di Little Angle Day Nursery. Thank you for all my beloved friends.

Monday, October 27, 2008

Seaham


Hari Sabtu yang lalu kami sekeluarga berkesempatan menziarahi Sofinee dan Jamalulail sekeluarga di Seaham. Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 9.00 pagi dan perjalanan yang sepatutnya memakan masa 3 jam setengah menjadi 6 jam kerana berlaku kesesakan lalu lintas yang agak teruk di Derby. Kami sampai di Seaham pukul 3.00 petang dan berkesempatan menikmati keindahan pantai di sana. Bandar kecil ini terletak betul-betul di tepi laut.
Kami bermalam di rumah Sofinee dan keesokan harinya kami di bawa membeli belah di Doulton Park (factory outlet) yang tidak jauh dari rumahnya. Selepas itu kami juga berkesempatan ke 'carboot' yang terletak di tepi pantai tidak jauh dari situ. Bertuah Sofinee dapat rumah di tepi laut. Rumahnya yang besar juga sangat selesa untuk menerima kehadiran tetamu. Bukan saja kami sekeluarga yang datang, ada dua buah keluarga lagi yang hadir.


Kami semua pulang ke Coventry selepas solat magrib dan tiba di rumah lebih kurang pukul 9.00 malam. Anak-anak bergitu gembira dapat bertemu dengan kawan-kawannya di sana. Ini ada gambar-gambar yang sempat di ambil oleh anak-anak di sana.

Friday, October 24, 2008

"Eid Party" di Nursery





Semalam merupakan parti 'Eid' yang merupakan acara tahunan di Little Angle Day Nursery. Aku sempat juga masak nasi impit dengan kuah kacang dan sedikit rendang daging untuk kawan-kawan. Makanan masa jamuan itu sangat banyak. Macam-macam juadah yang di bawa oleh kawan-kawan dan ibu bapa. Hari itu aku lah yang paling sibuk sebab terpaksa masak pizza dan sebagainya di bantu oleh Faraheen dan Rita (boss aku). Ini ada gambar-gambar sekitar parti tersebut.

Sunday, October 19, 2008

Sekolah Hidayah dan Ebay


Seperti kebiasaan, setiap hari Sabtu, kami akan berkampung di MRC kerana menghantar anak ke Sekolah Hidayah. Sekolah ini semakin hari semakin meriah. Ramai warga Coventry yang baru tiba, menghantar anak-anak ke sekolah ini. Oleh itu setiap hari Sabtu, ramai lah warga Malaysia di sini.

Semalam aku sempat membantu Dr Marjan mengajar iqrak untuk anak-anak tahap satu. Membantu membangunkan sekolah ini, aku rasa perlu bagi semua warga Coventry. Kalau kita tidak bagi sokongan tentulah sekolah ini akan berkubur nanti. Allhamdulillah berkat usaha kami, di sini sekolah ini masih kekal beroperasi lebih-lebih lagi kami mendapat bantuan kewangan dari 'City Council', jadi anak-anak yang hadir tidak di kenakan yuran, seperti sebelumnya.

Pada sebelah petangnya aku ke Docester dengan suami. Apalagi, kalau tidak kerana 'ebay'... haha. Tapi seronok juga dapat ke sini yang perjalanannya mengambil masa hampir satu jam empatpuluh lima minit. Ada stadium bola sepak, rupanya di bandar ini. Jadi sewaktu hendak pulang kami terperangkap dengan kesesakkan jalan raya kerana ada perlawanan di stadium ini. Singgah solat di pusat 'Servis' (di parkir kereta sahaja), sebelum sampai ke rumah hampir waktu magrib. Hajat hati hendak ke rumah Redzuan untuk rumah terbuka terpaksa dibatalkan sebab suami keletihan. Mujur juga hari ini aku sempat masak nasi impit, rendang, kuah kacang dan lodeh. Jadi kami 'berumah terbuka' sendirilah dengan anak-anak ... hehe

Monday, October 13, 2008

Masih 'Mood' Raya


Walaupun sudah beberapa hari raya, warga Malaysia di Coventry ini masih dalam mood raya. Masih ada lagi rumah-rumah terbuka diadakan pada cuti hari minggu. Walaupun aku tidak membuat rumah terbuka secara rasmi, namun ramai juga tetamu yang hadir sepanjang hari raya yang lepas. Alhamdullilah, seronok sungguh dapat terima tetamu. Sempat juga menyediakan juadah-juadah yang serba ringkas untuk hidangan tetamu-tetamu yang datang. Antara mereka yang sudi menziarah kami sekeluarga di hari raya ini ialah, Fendi dan Ayu, Abang Fuad dan Kak Shidah sekeluarga, Kak Raja dan Salman sekeluarga, Rosman dan Ellyan sekeluarga, Kadijah dan anak-anak, Dr Wan dan Ustaz Hassan, Rashid dan Aida, Zikri dan Su bersama Balkish (orang baru), Fauzan dan Siti, Huda dan Hanif, Hanum dan Sazlinshah(dari Laborough), Khairy dan Mariana sekeluarga, Marjan dan Rosdi sekeluarga dan Dr. Fauziah dan Zainal sekeluarga.

Sunday, October 05, 2008

Rumah Terbuka Aidilfitri MCS




Semalam merupakan rumah terbuka Malaysian Coventry Society (MCS) yang di adakan di MRC. Majlis bermula jam 10.30 pagi. Kali ini ada persembahan dari anak-anak Sekolah Hidayah sebelum jamuan. Ramai warga MCS yang hadir dan kanak-kanak yang paling gembira pada hari itu. Ini juga merupakan peluang untuk kita beramah mesra antara satu sama lain. Alhamdulillah majlis berlangsung dalam suasana yang ceria dan tamat lebih kurang pukul 2.00 petang.