Pengalaman seorang isteri, ibu dan guru yang pernah tinggal di Coventry, dan kini menetap di kampung halaman tercinta..Setelah beberapa tahun, beliau dan suami kembali semula di bumi Coventry, menyusur memori dan mencari pengalaman baru.
Cuti sekolah kali ini aku sekeluaga berkesempatan ke Alton Tower Thame Park yang terletak di utara. Ada potongan harga untuk lawatan musim dingin ini. Anak-anak seronok menaiki pelbagai permainan di sana. Kami sampai lebih kurang pukul 11 pagi dan pulang ke rumah pukul 4.30 petang.
Pergi ziarah Keluarga Jamalulaill di utara. Kesempatan itu singgah di Newcastle Upon Tyne. Bergambar di Millinium Bridge. Tapi suhu mencecah -2. Sangat sejuk, sehingga terpaksa baju berlapis-lapis.
Sambutan Raya Haji masih di buat di MRC seperti biasa. Aku di tugaskan masak rendang ayam. Masing-masing mempunyai tugas yang diberi. Banyak juga juadah istimewa tersedia. Sederhana tetepi meriah.
Menyambut Hari Raya Aidil adha buat tahun ke tiga. Ambil cuti untuk raya. Menu kali ini ialah nasi impit, rendang, lodeh dan kuah kacang. Cuaca sangat sejuk di luar, jadi aku tak ke mana-mana. Anak-anak aje yang beraya rumah kawan-kawan terdekat.
Sangat sedih sebab mak pulang ke Malaysia. Semua anak-anak rasa kehilangan. Terutamanya Hambaly. Kedatangan mak di sini sungguh bermakna bagi kami di sini. Mak juga seronok dapat peluang ke mari. Insyallah tahun depan mak boleh datang lagi ye mak..:)