Saturday, November 29, 2008

Sekolah Hidayah

Sepanjang aku di sini, tahun ini merupakan tahun di mana sekolah Hidayah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari ibu bapa. Jadi hari Sabtu merupakan hari di mana warga Coventry berkumpul di sini. Hari ini merupakan hari terakhir, anak-anakku bersekolah di sini. Kebetulan hari ini juga ada sambutan hari jadi oleh anak-anak sekolah yang di sambut bersama. Jadi dikesempatan itu juga mereka mengucapkan 'Selamat Jalan' kepada kami sekeluarga yang akan berangkat pulang pada 3 Disember ini. Berikut adalah gambarr-gambar yang sempat di ambil tadi.

Friday, November 28, 2008

'Last Day' dan 'First Day'




Hari ini merupakan hari terakhir ('last day') aku bekerja di Little Angles Day Nursery. Kebetulan hari ini juga merupakan hari jadi Boss kesayangan aku Rita. Jadi kami adakan 'surprise party' untuknya. Selepas itu banyaklah sesi bergambar untuk kenangan bersama kawan-kawan di nursery. 'I will miss you all'. Segala kenangan di sini akan menjadi kenangan abadi dalam hidup.

Hari ini juga merupakan hari pertama ('first day') aku sekeluarga menjejakkan kaki ku ke bumi England ini. Jadi sudah tiga tahun genap kami di sini. Kami ke mari sejak 28 November, 2005. Di sini ada gambar di saat kami menjejakkan kaki ke UK ini.

Thursday, November 27, 2008

'Loading'





Hari ini merupakan hari memunggah barang ke kontena. Selepas subuh lagi aku dah sibuk ke dapur untuk memasak. Kontena datang tepat jam 9.00 pagi. Kerja-kerja me'loading' barang bermula dengan bantuan warga Malaysia di Coventry ini. Rumah yang sebelum ini sempit sekarang ini sudah luas dan lapang. Lega rasanya setelah kerja-kerja memunggah barang selesai jam 12.00 tengah hari. Baryani 'Suzana' jadi hidangan kawan-kawan yang datang membantu. Syukur kerana segalanya berjalan dengan lancar. Lepas ni ada satu lagi kontena untuk me'loading' kereta pula.

Saturday, November 22, 2008

'Wraping'



Minggu lepas kerja-kerja me'wraping' perabot dimulakan. Kerja-kerja ini dibuat sekeluarga. Memang kami bergotong royong membungkus perabot-perabot yang hendak di bawa balik nanti takut calar ataupun rosak ketika dibawa ke kontena nanti. Ruang tamu dah semakin sesak dengan perabot yang dibungkus dan juga kotak-kotak. Selain itu kami juga akan membawa balik mesin basuh dan 'freezer'. Semuanya perlu di 'wrap'. Kami hanya ada empat hari saja lagi sebelum semua barang akan diangkut ke kontena. Mmm..apa lagi yang nak dibungkus ye??...

Wednesday, November 12, 2008

'Packing'


Lama tidak meng'update' blog ini. Sibuk?? mmm... memang sibuk juga. Masih bekerja seperti biasa dan ini merupakan bulan terakhir. Banyak barang yang belum 'pack' lagi. Kadang-kadang susah juga nak 'pack' barang ni. Ambil masa juga, sebab kalau barang-barang kaca, terpaksa bungkus betul-betul, takut pecah.. Anak-anak bantu juga, tapi yang kaca biasanya aku 'pack' sendiri. Keadaan rumah dah semakin sempit, penuh dengan kotak-kotak dan hampir cecah bumbung... hehe. Banyak juga tu... Oklah nak 'packing' baju pula hari ini.

Wednesday, November 05, 2008

Khairul Bariyah

Mmmm...... itu nama anak ku yang ke tiga yang maknanya sebaik-baik makhluk. Harap-harap betullah dia menjadi makhluk Allah yang baik ...Amin...

Hari ini hari lahir dia yang ke 14 tahun. Teringat aku sewaktu 14 tahun yang lalu ketika aku melahirkan dia di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur di mana suamiku yang jadi bidan, sebab ketika itu doktor lambat sampai. Nasib baik dia tak panik...dan aku rasa dia lah yang paling mudah keluar sebab saiznya yang kecil cuma sebesar kotak tisu dan beratnya pula 2.1 kg sahaja. Masa dia keluar 'water bag' pun tak pecah (dia keluar dengan 'water bag' sekali).

Jadi hari ini, seperti tradisi keluarga 'birthday girl' kena baca ikrar dan muhsabah diri. Kena janji untuk perbaiki diri masing-masing setiap kali hari jadi masing-masing tiba. Mudah-mudahan dia jadi anak yang sollehah nanti...amin

Monday, November 03, 2008

"Resign!"


Hari ini aku serahkan surat 'resign' di Little Angle Day Nursery.Bulan ini merupakan bulan terakhir aku di sini. Kalau dikira tarikh hari ini, aku sudah bekerja di nursery ini selama dua tahun dua bulan. Banyak pengalaman yang dapatku timba di sini. Terutama kawan-kawan di sini semuanya baik-baik belaka. Kami sangat rapat macam sebuah keluarga yang mempunyai pelbagai bangsa.

Bossku Rita (berbangsa India yang lahir dan dibesarkan di Kenya), memang baik orangnya. Aku dan dia sangat rapat, segala masalah di nursery akan di bincang bersama aku... kelakar juga, kadang-kadang sebab boss boleh percaya dan terima idea dari aku yang hanya bekerja di bahagian dapur. Jadi oleh kerana dia "sangat" percaya pada 'Malaysian' dia mahu aku carikan 'Malaysian' juga untuk ganti tempat aku. Allhamdulillah aku dapat cari kawan yang memang baik, untuk ganti tempat aku ini..

Bekerja di sini memanglah seronok, sebab aku dikelilingi oleh anak-anak kecil yang comel-comel belaka. Aku cuma bertanggung jawab menyediakan makanan mereka. Lain-lain hal berkaitan dengan mereka adalah tanggungjawab 'Nursery Nurse' yang lain. Aku akan merindui mereka semua bila aku pulang nanti.