Wednesday, January 28, 2009

Lulus


Jam 2.00 pagi waktu Malaysia, dapat telefon yang mengembirakan dari suami. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana beliau telah lulus Phd nya dan kini bergelar Doktor. Penat lelahnya berbayar juga, setelah 3 tahun bersengkang mata menyiapkan kajiannya. Tahniah!! buat suami tercinta.

Monday, January 26, 2009

Muffin



Hari ini merupakan cubaan pertama membuat muffin, menggunakan oven baru. Oleh kerana barang-barang masih banyak lagi di dalam kotak, jadi untuk membuatnya agak payah sedikit kerana terpaksa mencari peralatan-peralatan membuat kek yang sebahagiannya masih tidak dapat di kesan...hehe

Tapi oleh kerana semangat nak menggunakan oven baru berkobar-kobar, akhirnya berjaya juga membuat muffin dengan menggunakan peralatan yang agak terhad. Inilah hasilnya... rasanya?? ...bolehlah..

Kemas

Hari ini merupakan hari yang agak merehatkan, setelah bertungkus lumus mengemas rumah sejak kontena sampai pada 3 Januari, lepas. Mujur juga ada mak saudara (Mak Encu) dan anak-anaknya membantu membuka sebahgian dari kotak-kotak. Terima kasih juga pada anak-anak saudara yang ramai, menolong mengangkat kotak-kotak ke tingkat tiga!!. Tingkat bawah sudah hampir 90% berkemas. Tingkat dua sudah 70% manakala tingkat tiga dalam 60% berkemas. Cuti Tahun Baru Cina selama seminggu dimanfaatkan untuk mengemas.

Alhamdulillah, dapur dan oven telah boleh digunakan sepenuhnya. Sebelum ini hanya menggunakan dapur satu tungku yang diambil dari rumah arwah mak sewaktu baru sampai dulu. Banyak juga barang elektrik yang rosak setelah aku tinggalkan tidak diguna, selama tiga tahun. Misalnya periuk nasi, 'blender' , mesin basuh dan t.v semuanya 'merajuk' agaknya sebab dah lama tak di guna..hehe.
Oleh kerana oven dah boleh diguna, aku bercadang membuat muffin hari ini. Tunggu hasilnya nanti ..

Friday, January 23, 2009

Viva

Semalam menghantar suami ke KLIA. Suami akan ke Coventry untuk viva pada 28, Januari ini. Harap-harap segalanya berjalan dengan baik dengan izin Allah. Sewaktu aku menulis, suami sudah sampai di rumah sahabat, saudara Yusof Bayat. Untuk tempat tinggal di sana dia akan menumpang di rumah rakan bujang yang tinggal tidak jauh dari Universiti. Doaku, semoga dia selamat dan lulus viva dengan mudah. Amin...

Tuesday, January 20, 2009

Politeknik

Semalam menghantar Mizi ke Politeknik, Teluk Kemang Negeri Sembilan. Alhamdulillah dapat juga Mizi tempat untuk sambung belajar di sini setelah menganggur hampir 6 bulan. Pendaftaran bermula pukul 9.00 pagi dan segalanya selesai hampir jam 4 petang. Mizi di tempatkan di asrama lelaki tingkat bawah. Syukur juga dia dapat 'roomate' karkun. Mudah-mudahan boleh buat usaha masa cuti nanti. Insyallah..

Saturday, January 17, 2009

Merentas Desa



Semalam merupakan hari Merentas Desa, bagi sekolahku. Aku ditugaskan sebagai pencatat markah untuk acara tersebut. Apa yang hendak diceritakan di sini ialah tentang anak-anak. Atul menang tempat ke 13, acara tersebut. Bukan main seronok lagi 'makcik' tu...hehe. Imam pula terpaksa tumpang motor cikgu, sebab tak larat nak jalan. Iyah, macam jalan-jalan makan angin.. Itu lah gelagat mereka. Sekolah di sini agak 'stress' berbanding UK. Pada mula-mula persekolahan anak-anak agak susah nak sesuaikan diri. Beban kerja sekolah sangat banyak, tu tak masuk 'beban' beg sekolah lagi. Tapi sekarang mereka dah dapat sesuai kan diri, secara perlahan-lahan. Syukur... Mujurlah, aku bersekolah di situ. Aku terpaksa bagi penerangan dulu pada cikgu-cikgu anak-anak. Nasib baik mereka faham.

Friday, January 16, 2009

Kontena Sudah Sampai

Lama sungguh tak update blog ni. Memang sangat sibuk sekarang ni. Sekolah dah mula buka, bermakna aku dah mula mengajar!!. Anak-anak dah mula bersekolah. Semuanya agak kelam kabut sikit sebab kebetulan kontena sampai 2 hari sebelum sekolah buka. Sibuk mengemas kotak lagi, menguruskan sekolah anak-anak, dan macam-macam perkara yang perlu di urus. Masa tu kereta pula cuma ada satu saja, jadi banyak juga perkara yang aku urus dengan berbasikal saja, misalnya untuk buat kad pengenalan Bariyah dan Imam hari tu, mujur juga pejabat pendaftar tak berapa jauh dari rumah. Internet pula, baru semalam di pasang. Hari ni lah baru ada kesempatan duduk untuk mengupdate blog. tapi sorry tak ada gambar. Tak sempat pun nak upload gambar. Nak ambil gambarpun tak sempat. Semuanya agak 'Stress' di sini.

Dua hari yang lepas, kereta yang pertama berjaya di bawa pulang. Kereta kedua masih di 'port' sampai bula depan. Kalau ambil bulan depan dapat jimat RM3000. Elok juga di tunggu, bukan lama sangat pun. Jadi, sekarang dah ada dua kereta, mudah sikit untuk bergerak. Hari ni saja dapat bereskan tiga perkara. Ambil kad pengenalan Iyah, bayar cukai pintu dan beli songkok untuk kedua-dua Imam.

Rasa nya cukup dulu untuk hari ini. Nak sambung mengemas, dan masih terus mengemas...hehe