Friday, February 27, 2009

Santai


Minggu ini agak rehat sikit walau ligat di dapur. Maklumlah minggu ini anak bujang kesayangan balik cuti. Jadi ibunya ni, sibuk lah nak masak makanan kegemaran si anak. Macam tulah ibu kita dulu kan.. so sekarang giliran kita pulak bila anak-anak dah besar-besar ni. So...menu hari ini ialah Nasi Baryani Ayam Madu Suzana, bubur pulut hitam dan Kek Biskut Merrie. Itu semua kegemaran Mizi. Mesti yang lain jelous ni... hehe.. Kegemaran anak-anak yang lain pun akan menyusul kemudian ye...

Manakala minggu lepas aku sempat membuat 'Choc Cips Cupcake' untuk di jamu kepada ibu mertua dan ipar duai yang datang untuk minum petang. Ini lah gambar cup cakenya. Kalau nak resepinya, akan di postkan kemudian...

Thursday, February 26, 2009

'Fish Spa'

Hari ini nak cerita sikit pasal "Fish Spa" yang ada di Muar, tidak jauh dari Tangkak. Kebetulan kami sekeluarga ke pasaraya Giant yang terletak di Tanjung Agas, Muar, untuk membeli keperluan dapur. Suami yang dua tiga hari ini tidak sihat kaki nya, berkesempatan merasa rawatan di 'Fish Spa' ini dengan bayaran RM10 untuk 20 minit. Pada mulanya suami kegelian, kerana ikan-ikan yang berasal dari Turki itu mengigit-gigit kakinya. Tapi lama kelamaan ia menjadi seronok pula. Ikan-ikan itu banyak berkumpul di tempat kaki yang sakit .. pelik juga kan...Subhanallah itulah kebesaran Allah..

Saturday, February 21, 2009

Tempe


Hari ini nak kongsi sikit tentang lauk kegemaran suami ku iaitu 'Tempe Masam Manis'. Masa baru-baru kawin dulu, aku cuba juga masak tempe ni, tapi dia kata masih tak sama macam mak dia masak. Dia nak aku masak tempe ni macam mak dia masak juga... Jadi nak mendapatkan hasil yang memuaskan, kena lah kursus dengan 'ibu mertuaku'...hehe. Tapi, lama kelamaan akupun dah boleh lah masak masakan kegemarannya ini walaupun tak 100% sesedap ibu mertuaku. tak apalah, asalkan dia makan sampai licin, pun dah kira bagus...alhamdulillah.

Wednesday, February 18, 2009

PD

Dalam kesibukkan bersekolah sempat juga nak meng'update' blog kali ini. Kali ni nak cerita sedikit aktiviti hari minggu yang lepas. Kami sekeluarga berkesempatan menziarahi anak bujang kami di PD. Oleh kerana kereta yang 'seven seater' tu dah sampai, dapatlah kami sekeluarga ke pantai PD yang tidak jauh dari Politeknik Mizi. Oleh kerana sudah lama, masing-masing tidak mandi laut, apa lagi, ini lah masanya... Ini ada beberapa keping gambar yang sempat di rakam..

Monday, February 16, 2009

Sukan


Minggu lepas merupakan minggu sukan di sekolah. Banyak masa aku dan anak-anak habis di padang sekolah. Kemuncaknya adalah pada hari Khamis yang lepas dimana acara Sukan Tahunan diadakan. Aku seperti biasa bertugas di garisan penamat sebagai penjaga masa. Atul masuk perbarisan Puteri Islam dan untuk acara guru aku masuk lari berganti-ganti dan mendapat tempat ke tiga...hehe. Di sini ada beberapa gambar pada hari tersebut....

dan yang lucu ialah gambar ini...ha...ha

Sunday, February 08, 2009

Sibuk


Minggu ini aku memang sibuk. Pagi bersekolah seperti biasa dan petangnya menjadi hakim untuk sukan acara terdahulu di padang. Kulit pun bertambah gelap nampaknya...hehe. Sudah lama tidak berjemur di tengah padang dengan matahari yang terik menyebabkan kulit cepat gelap.

Manakala pada hari Jumaat, setelah tamat persekolahan, bergegas ke Port Dickson untuk menjemput Mizi dari Politeknik. Minggu ini merupakan cuti yang agak panjang sempena Thaipusam. Dari PD terus pula ke Shah Alam, untuk mengambil barang yang dikirim dengan kawan yang pulang untuk "Data Collection". Bertemu pula dengan sahabat lama yang pulang dua tahun lepas dari Coventry.

Semalam juga sibuk kerana melayan tetamu yang datang. Kehadiran mereka memang menyeronokkan. Aku sempat menjamu mereka dengan 'Pulut Durian' dan 'Mini Chicken Pie' Walau sibuk macamanapun, aku tetap gembira menyambut kehadiran mereka..sudi-sudikan datang lagi ye...

Wednesday, February 04, 2009

Budak Kampung



Aku dan suami memang suka suasana kampung. Dua belas tahun duduk di kotaraya Kuala Lumpur menyebabkan kami mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman kami, Tangkak. Kami sebenarnya mahu anak-anak rasa pengalaman kami ketika dibesarkan di kampung dahulu. Walaupun bandar Tangkak sekarang tidak lagi seperti tigapuluh tahun yang lalu, tapi suasana kampung masih ada terutamanya di kampung Payamas di mana tempat aku dibesarkan. Anak-anak memang seronok bila pulang ke kampung Payamas kerana mereka boleh meneroka suasana baru di situ. Sejak pulang dua bulan yang lepas anak-anak semakin 'gelap'...hehe

Sunday, February 01, 2009

Sekolah


Esok, merupakan hari persekolahan setelah seminggu bercuti sempena sambutan Tahun Baru Cina. Tiga orang anakku bersekolah di sekolah yang sama di mana aku mengajar iaitu SMK Ledang, manakala Imam Hambaly sahaja yang masih bersekolah di sekolah rendah iaitu SK Ledang. Kedua-dua sekolah ini sebenarnya mempunyai sejarah tersendiri. Aku dan suami sewaktu di sekolah rendah bersekolah di sekolah yang sama iaitu SK Ledang, sehinggalah darjah enam. Manakala di sekolah menengah pula, suami meneruskan persekolahannya di SMK Ledang, manakala aku di SMK Tun Mamat. Jadi sekolah anak-anak ini memang tidak asing bagi kami. Banyak lah tempat-tempat bermain kami dahulu masih kekal. Jadi setiap kali kami ke sekolah Ledang, banyak kenangan dapat diingati kembali. Seronok juga kan...