Thursday, June 25, 2009

Kek

Sejak akhir-akhir ini kerajinan membuat kek menjadi-jadi...hehe. Akibatnya berat badan pun bertambah-tambah le jawabnya.. Hari minggu yang lepas aku membuat 'cheese cake' sempena hari bapa. Manakala semalam, oleh kerana hari jadi Hambaly, aku buat pula kek cokolat untuk dia. Ini bukan kerana apa, kebetulan aku baru saja mengambil peralatan menghias kek dari rumah arwah ibu dahulu, jadi teringin pula hendak men'decorate' kek-kek tersebut. Walaupun baru hendak belajar-belajar (belum pandai pun lagi) namun dengan bantuan anak-anak terhasilah kek-kek yang sebegini 'cantik'nya. Nampak comot kan, tapi rasanya boleh tahan juga, hehe...

Wednesday, June 17, 2009

Blog


Aku mula berkenalan dengan 'blog' sejak tiga tahun yang lalu, ketika aku di Coventry. Pada masa itu, banyak masa terluang aku penuhkan dengan menulis blog. Aku memang minat menulis tidak kira dalam bentuk apa sekalipun. Misalnya aku suka menulis puisi, oleh itu lahirlah blog 'Dayang Senandung'ku yang menggunakan nama pena Azuna. Kalau ada sesiapa yang belum tahu, aku lah Noor Azuna Ali itu...haha. Kalau aku rasa hendak bercerita, aku akan menulisnya di blog 'I am the story teller'. Oleh kerana adanya blog, aku dapat meluahkan apa yang aku hendak tulis di blog-blog ini. Setakat ini aku telah mempunyai 4 blog!!... Wah..banyak betul kan...hehe. Tetapi untuk meng'update semua blog-blog ini, bukanlah mudah. Ia memerlukan komitmen yang tinggi. Sejak balik dari UK, blog ini sahaja yang masih aktif (mungkin kerana kekangan masa) Sementara blog-blog lain masih tetap di kemaskini kalau aku berkesempatan (suka hati akulah, blog aku...haha). Kalau ada sesiapa yang berminat hendak membaca blog-blog aku yang lain, bolehlah klik di sini suzanadiary, azunaonline dan azunali. Dari dunia bloglah aku mendapat ramai kenalan, jauh dan dekat. Kepada sesiapa yang belum ada blog, cuba-cubalah ber'blog'.

Tuesday, June 09, 2009

Bbq

Malam kelmarin aku memberi tugasan pada anak-anak untuk mengendalikan makan malam di luar rumah (bbq le tu). Mungkin dah jemu makan di dalam rumah, sekali-kali kalau makan di luar rumah seronok jugakan. Jadi masing-masing diberi tugas untuk makan malam tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hasil dari kerjasama mereka semua. Nampaknya makan di luar rumah memang seronok. Untuk pencuci mulutnya aku membuat cendol sebagai hidangan. Nampaknya semuanya licin di kerjakan anak-anak. Tapi yang tak 'bestnya' Mizi tidak ada (dia 'keluar'). Insyallah hari Khamis ni, dia balik. Jadi kalau dia balik nanti boleh buat lagi macam ini.

Thursday, June 04, 2009

Ilham


Aku sekeluarga baru saja pulang dari bercuti di Ilham Beach Resort yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Resort yang berkonsepkan seni bina Melayu, ini sungguh selesa untuk percutian keluarga. Aku membawa bersama ibu mertuaku bercuti bersama. 'Appartment' yang ditempah betul-betul mengadap kolam renang. Apa lagi kami pun tidak sabar-sabar lagi untuk terjun dan berenang ke dalamnya. Resort ini juga tidak jauh dari pantai, tetapi anak-anak lebih berminat untuk berenang di kolam renang sahaja berbanding berenang di laut. Aku juga berkesempatan berendam sama...hehe

Ini gambar ibu mertuaku dengan bibiknya

Monday, June 01, 2009

Cuti

Cuti sekolah ini, banyak sangat pemintaan dari anak-anak untuk pergi jalan-jalan. Memandangkan suami sibuk dengan kerjanya, jadi aku tidak punya idea untuk ke mana-mana. Semalam cuma sempat bawa anak-anak membeli belah barang-barang keperluan di Mydin Ayer Keroh. Setelah di fikirkan tempat yang sesuai untuk bawa anak-anak dan ibu mertuaku jalan-jalan, aku ambil keputusan untuk ke Ilham beach resort sahaja esok. Ibu mertuaku sudah beberapa kali bertanya, ke mana kami hendak membawa dia bercuti, cuti sekolah ini. Oleh kerana kesihatannya tidak mengizinkannya berjalan jauh, jadi aku rasa Ilham Beach Resort ini yang paling sesuai. Resort ini merupakan tempat percutian kami sewaktu anak-anak kecil dahulu. Masa tu suami kerja di PNB, jadi kami dapat harga 'staff' untuk bercuti di situ. Tapi sekarang ni kena harga biasa lah jawabnya. Insyallah esok kami akan ke sana...