Friday, August 28, 2009

Botol

Aku mempunyai tabiat 'buruk' masa di UK dahulu. Iaitu mengumpul botol-botol dan balang-balang kaca yang dibeli dari 'carboot'. Setiap kali pergi 'carboot' ada saja botol kaca pelbagai saiz dan rupa yang aku bawa balik... hehe. Anak-anak selalu berkata "Apalah mak ni, botol-botol burukpun mak beli". Manakala suami pulak kata "Awak ni, pergi angkut botol-botol ni, macamlah kat malaysia tak ada botol", hehe. Tapi aku buat 'dek' aje.

Sebenarnya botol dan balang-balang kaca dari "Spain" ini dibuat secara tradisional (pakai tiup), jadi bagi aku, ianya agak unik jugalah. Adalah projek 'keras tangan' yang aku bercadang nak buat, tapi belum sempat lagi. Hari ini aku terpaksa keluarkan botol-botol dan balang-balang kaca ini untuk di cuci lagi, sebab masa di UK dulu sudah dicuci, tapi bila sampai Malaysia, ia jadi berkulat dan berhabuk. Mungkin sebab cuaca di sini panas dan lembab agaknya.

Di atas tu gambar balang-balang kaca yang telah dicuci, manakala botol-botol kaca pelbagai warna tu pula akan dicuci esok..

Tuesday, August 25, 2009

Cuti Sekolah


Gembiranya anak-anak bila sekolah cuti...yeaaa!! (maknya pun turut gembira sama)

Cuti sekolah kali ini kena bulan puasa. Apa yang seronok ialah banyak masa untuk mengemas rumah dan menyiapkan projek-projek yang terbengkalai. Tapi yang tak 'best' nya, cuti sekolah ni lah aku kena ambil peperiksaan PTK. Oleh kerana sudah lama tinggalkan 'profesion' ini, kena lah study sikit-sikit...sikit-sikit aje....sebab tiap kali baca, setiap kalilah aku terlelap.... masalah betul...hehe. Tapi kalau baca buku cerita, boleh pulak berjam-jam.

OK lah kalau ada sesiapa yang dah lulus PTK tu, bagi lah tips-tips macamana nak lulus peperiksaan ni tanpa susah payah membaca...hehe (Kalau anak-anak tau maknya malas baca buku...mmm....tentu mereka bising keh..keh)

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan


Hari ini merupakan hari kedua bulan ramadhan dan ini merupakan kali pertama berpuasa di Malaysia sejak balik dari UK. Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana dipanjangkan usia bertemu lagi ramadhan pada tahun ini. Anak-anak juga dapat berkumpul pada ramadhan ini, sebab Mizi balik ke rumah untuk menyambut awal ramadhan bersama-sama.

Apa yang seronoknya bila berpuasa di Malaysia ialah suasananya lebih terasa. Bila malam kebanyakkan masjid penuh dengan jemaah. Oleh kerana anak-anak sudah besar-besar, bolehlah kami sekeluarga ke masjid untuk solat tarawikh. Anakku semuanya berpuasa, alhamdulillah.

Teringat aku sewaktu, mereka kecil dahulu, aku sudah mengajar mereka berpuasa sejak mereka berusia 6 tahun lagi. Untuk mengajar yang sulung tu yang agak payah sedikit, mana kala yang lain-lain tu, allhamdulillah lebih mudah, kerana yang sulung tu jadi 'role model' pada adik-adik. Bila abang long berpuasa, yang lain-lainpun nak ikut macam abang long juga, sebab kalau yang berpuasa tu, akan dapat layanan istimewa sikit. Mereka boleh pilih makanan apa yang mereka suka untuk berbuka nanti. Kalau yang tak puasa tu, tidak dapat keistimewaan itu. Itu yang masing-masing nak berpuasa juga tu..hehe.

Jadi kalau ada sesiapa yang ada anak-anak kecil, boleh lah ajar mereka berpuasa dari awal, insyallah lebih mudah bila mereka sudah bersekolah nanti. Salam Ramadhan untuk semua ye...

*Sedang memanggang ayam untuk juadah berbuka hari ini... baunya..mmm masyallah....cobaan....heheh

Monday, August 17, 2009

Casa Impian

Maaf sebab lama tidak menulis di sini. Kadang-kadang tidak ada cerita menarik untuk ditulis, malahan pula dengan kesibukan di sekolah dan rutin-rutin harian di rumah. Ada satu lagi rutin harian baru yang hendak dikongsi ialah melihat 'progress' rumah impian...hehe. Tiap-tiap petang, kami sekeluarga akan ke tapak rumahku ini untuk melihat kerja-kerja yang di buat oleh kontraktor rumah tersebut... Setakat ni sudah siap 'pailing' dan sedang menyiapkan 'beam'. Tak sabar lah nak tengok rumah ni siap... mungkin tahun depan kot..;)

Sunday, August 09, 2009

Memori


Ini adalah kisah minggu lepas yang ceritanya tertangguh. Kami sekeluarga berkesempatan ke Kuala Lumpur. Kebetulan suami mempunyai urusan di sana, dan kami berkesempatan membuat 'rondaan' di sekitar Kuala Lumpur. Tempat-tempat yang menjadi sasaran aku anak beranak ialah KLCC Suria. Nak kata membeli belah, tidak juga...hanya sekadar mencuci mata sahaja...hehe. Selepas selesai meronda tidak tentu pasal dan setelah suami selesai kerjanya, kami berkesempatan meninjau-ninjau ke kawasan rumah lama kami di Taman Danau Kota. Rumah bernombor 9 Jalan 2/23E, menjadi tumpuan. Ini merupakan bekas rumah kami dahulu. Di sini lah anak-anakku membesar sebelum kami mengambil keputusan balik ke kampung. Jadi sempat juga kami merakamkan gambar rumah ini yang sudah bertukar tuan. Walaubagaimanapun memori yang ada di rumah ini akan tetap terpahat dalam ingatan kami...

Wednesday, August 05, 2009

Sembilan belas Tahun!!

Kesibukan di sekolah dan kesibukan menjaga anak bujangku demam, menghalang aku untuk meng'update' blog ini. Anakku sekarang sudah pulih dari demamnya yang panjang, sehinggakan sebelum ini dia disyaki terkena virus H1N1 yang sedang menular sekarang (minta di jauhkan Allah). Mujurlah setelah membuat pemeriksaan di hospital, dia hanya demam biasa. Minta dijauhkan semua dari terkena virus itu...

Lupakan seketika perkara itu. Apa yang hendak diceritakan kali ini ialah tentang hari ini. Hari ini sebenarnya genaplah Sembilan belas tahun perkahwinan aku dan suami. Fuh!!.....pejam celik, pejam celik, sudah sembilan belas tahun rupanya usia perkahwinan ini. Ketika berkahwin dulu, aku baru berusia 24 tahun iaitu seminggu sebelum hari konvokesyen di Universiti Malaya. Memang seronok sangat masa tu..heheh . Jadi inilah gambar 'faveret' yang dapat di abadikan di sini.. Doakan perkahwinan ini kekal sehingga akhir hayat...insyallah