
Hari raya hanya tinggal beberapa hari saja lagi, jadi di kesempatan ini, aku sekeluarga ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua rakan-rakan dan saudara mara yang sudi berkunjung ke blog ini. Aku sekeluarga juga menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap.
Hari Raya kali ini, aku sekeluarga sudah berada di kampung tercinta, jadi tak perlulah "balik kampung" lagi. Setelah tiga tahun beraya di rantau, kali ini insyallah kami akan beraya di Malaysia, walaupun sudah tiada ayah dan bonda yang telah pulang ke rahmatullah. Dapat jugalah nanti, insyallah aku ke pusara mereka.