Saturday, November 28, 2009

Cuti Sekolah!!


Sempat 'posing' dalam rumah yang belum siap...heheAlign Centre
Yeah...!! Bagi cikgu-cikgu macam aku ni memang seronok kalau cuti sekolah. Terutamanya kalau cuti panjang. Banyaklah projek-projek yang tertangguh boleh di laksanakan.... Projek utama sekali ialah mengemas rumah dari segenap sudut. Buku-buku sekolah yang ada dikumpul di dalam kotak dan di simpan. Projek lain ialah membaca novel... banyaklah novel-novel yang tak sempat baca masa hari sekolah dapat dihabiskan... dan bercadang nak siapkan novel sendiri yang lama tertangguh ...insyallah.

Sebelah petang pula aktiviti harian ialah ke kebun dan melihat 'progress' rumah yang sudah 50 peratus siap. Mulalah pasang angan-angan nak hias rumah macam itu dan macam ini...hehe (kata suami berangan tak apa, bukan kena duit pun..kik..kik) Oklah, jadi cuti sekolah ini terisilah dengan perkara-perkara tersebut. Projek masak-memasak terpaksa dihadkan sebab aku dan suami 'ON DIET' (sebabnya, sejak balik Malaysia ni, berat badan bertambah mendadak!!) Banyaklah resepi-resepi baru yang aku dah cuba, akibatnya baju yang dulu saiz S jadi saiz M... huaaa... ini tidak boleh jadi. Ada seorang kawan pernah kata pada aku "Jangan besarkan baju, tapi kecilkan badan". Boleh ke ni..??

Wednesday, November 18, 2009

Sibuk 'Bangat'

Ini gambar kawan-kawan ketika mengikuti kursus di Kolej Komuniti baru-baru ini. Hasliza, Naimah dan Ujie

Sejak akhir-akhir persekolahan ini, aku sangat sibuk. Banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum sekolah bercuti panjang...(yeahh...) Sejak dua minggu kebelakangan ada sahaja aktiviti yang dijalankan pada hari Sabtu. Antaranya kursus profesionalisme, Hari Q, Kursus Pengurusan Fail, Mesyuarat Panitia dan Mesyuarat Akhir Guru. Banyak perkara perlu dibereskan. Membuat analisa untuk peperiksaan akhir tahun, menyediakan minit mesyuarat, dan banyak lagi lah... walaubagaimanapun aktiviti 'pot luck' di sekolah tetap diteruskan. Huhh... aktiviti ini lah yang menyebabkan berat badan bertambah-tambah...(mmm... ini tak boleh jadi kena diet jugak ni..huhu) Dalam pada sibuk dengan kerja-kerja itu, aku sibuk pula memberi tips-tips terakhir untuk anak-anak murid yang bakal menduduki SPM. Budak-budak tu perlu diberi bimbingan sehingga saat-saat hendak masuk ke dewan peperiksaan. Mudah-mudahan mereka semuanya berjaya... insyallah.

Thursday, November 05, 2009

Birthday!!

Ni lah Birthday girl hari ini

28 Oktober hari tu, harijadi aku. Apa yang menariknya, pagi-pagi lagi dah dapat 'wish' dari anak murid kemudian diikuti oleh nyanyian suara serak perak anak lelaki bujangku di talian nyanyikan mak dia"Happy Birthday" (telefon dari Poli PD lepas balik surau). Di sekolah pula anak-anak murid kesayangan nyanyikan lagu yang sama dengan dapat banyak hadiah lagi...Wah!!...makin tua, makin 'popular' pulak....hehe (perasan lah tu..) . Manakala sebelah malam pula aku dapat 'surprise cake' dari anak-anak....alhamdulillah. "Sayang anak-anak mak". Itulah ceritanya masa birthday aku hari tu.

Hari ni adalah 'Birthday" anakku Bariyah pulak. Aku bercadang nak buat cake untuk dia. Malam nanti ajak makan-makan kat tempat best-best yang dia suka. Sudah 15 tahun usianya hari ini. Mudah-mudahan jadi anak yang solehah...amin

Tuesday, November 03, 2009

Casa Impian 2


Maaf kerana membiarkan blog ini bersawang. Kesibukan menghadkan aku untuk melayari internet. Adakalanya untuk membuka email juga tidak berkesempatan. Komputer pula terpaksa berkongsi dengan Bariyah kerana laptopnya bermasalah.

'Entry' kali ini aku ingin berkongsi cerita 'casa impian' yang dalam pembinaan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Setakat hari ini sudah naik rangka rumah hingga ke tingkat dua. Memang tidak sabar rasanya menunggu rumah ini siap sepenuhnya. Sebelum ini pembinaan rumah ini terpaksa ditangguh kerana aku sekeluarga ke luar negara. Harap-harap kali ini tiada halangan lagi. Insyallah tahun hadapan 'casa' impian ini akan menjadi kediaman kami sekeluarga.