Monday, January 25, 2010
Kucing
Kami sekeluarga memang suka pada kucing. Dulu, aku pernah membeli kucing parsi dengan harga RM450, dan yang sedihnya tak sampai 2 minggu kucing yang comel dan disayangi itu mati. Tidak lama selepas itu kami membela beberapa ekor kucing lagi, alhamdulillah kali ini sampai besar, tetapi sebelum kami berangkat ke UK, kucing-kucing itu telah di jaga oleh ibu saudaraku, yang memang sayangkan binatang ini.
Di UK, tentu lah aku akan berkata TIDAK pada kucing, kerana untuk membela kucing bukannya senang. Lebih-lebih lagi dengan keadaan rumah yang sentiasa tertutup dan kecil itu.
Bila kami balik dari UK, kucing-kucing kami yang dulu tu, semuanya sudah mati. Ada yang mati sakit, ada yang hilang dan ada yang mati kemalangan...huhu (*sob..sob). Anak-anak selalu minta untuk membela kucing lagi, namun aku belum bersedia, kerana memandangkan rumah yang kami duduk ini ada lah rumah sewa, dan aku berjanji dengan anak-anak kalau rumah baru kami siap, insyallah aku akan berfikir semula perkara tersebut.
Tetapi, beberapa hari yang lalu, Atul membawa balik ke rumah, seekor anak kucing yang baru lahir. Dia kata dia jumpa anak kucing itu hanyut dalam parit. Keadaan anak kucing yang kesejukkan dan masih belum buka mata itu membuatkan kami sekeluarga kasihan akan dia. Tapi setelah di jaga semalaman, kucing yang masih perlukan ibunya itu mati keesokan harinya. Satu lagi kisah sedih berlaku...huhu.
Semalam pula, suami membawa pulang TIGA ekor anak kucing yang comel pulang. Dia jumpa kucing yang dibuang orang di pasar. Kehadiran kucing-kucing ini mengembirakan kami sekeluarga kerana kucing-kucing ini mengingatkan kami pada kucing-kucing yang pernah kami bela dahulu. Tetapi masalahnya, mana aku nak letak kucing-kucing ini ye?? Jadi terpaksalah aku mencari semula kandang kucing lama yang masih ada di rumah arwah mak. Jadi di situlah kucing-kucing itu menginap buat masa sekarang. "Hai, cepatlah rumah baru ku siap, senang sikit nak uruskan kucing-kucing ini nanti". Insyallah kucing-kucing ini akan menjadi ahli keluarga baru bagi kami.
Saturday, January 16, 2010
Lesen
Mizi dah dapat lesen!!!...berita ini sebenarnya menggembirakan dan menakutkan aku. Gembira sebab dia sudah boleh memandu sendiri kereta dan 'menakutkan' bila aku mula berfikir perkara yang bukan-bukan.. minta dijauhkan Allah hendaknya. Untuk melepaskan dia memandu kereta sendiri, memang merisaukan aku. Tapi alhamdulillah, semalam dia berjaya ke tempat 'kerja' (tempat dia praktikal di MITC Melaka), bersendirian dengan selamat. Ini merupakan titik mula untuk aku dan suami melepaskan dia sedikit-sedikit memandu sendirian. Mungkin aku juga begitu dulu. Aku mula mendapat lesen ketika aku berusia 18 tahun (ketika di tingkatan 6 lagi), tetapi selepas itu, aku tidak pernah dibenarkan memandu kerana ayah tidak memberi kepercayaan untuk aku memandu sendiri, sehingga lah pada suatu hari selepas berkahwin, aku terpaksa ke sekolah menaiki teksi sebab suami berkursus. Setelah menunggu teksi yang tidak kunjung tiba, aku nekad untuk pandu sendiri kereta ke sekolah. Sejak itulah, aku mula memandu sendiri kereta ke sekolah...hehe (suami tidak mahu lagi menghantar aku ke sekolah, bila dia tahu aku boleh memandu)..kikikik
Saturday, January 09, 2010
Sekolah
Memang tidak pernah terfikir, ibu dan anak-anak bersekolah di sekolah yang sama. Memang seronok kalau dapat bersekolah di sekolah anak-anak sendiri. Jadi, sebagai ibu, aku tak perlu risau sangat pasal anak-anak, sebab mereka ada di 'depan mata'. Cuma Hambaly saja yang masih bersekolah rendah, namun sekolahnya bersebelahan dengan sekolahku. Kalau dia main bola di padang, aku boleh nampak dia dari kelas aku mengajar...boleh lambai-lambai lagi...hehe
Mengajar di sekolah yang sama memang 'best', tapi kalau mengajar di kelas yang sama, lain pula ceritanya.Tahun lepas, aku mengajar di kelas anak sendiri..(sebenarnya aku tak suka mengajar di kelas yang ada anak sendiri). Ini bukan kerana apa, cuma kalau aku naik marah dengan budak-budak kelas tu, mesti tak jadi, bila terpandang muka 'kartun' anakku itu...isy..isy. Lepas tu apabila balik di rumah, ada saja' juri juri awam' yang bagi komen. Tahun ni, nasib baik tidak ada kelas anak-anak yang aku ajar. Walaubagaimanapun, memang seronok kalau bersekolah di sekolah yang sama dengan anak-anak.
Mengajar di sekolah yang sama memang 'best', tapi kalau mengajar di kelas yang sama, lain pula ceritanya.Tahun lepas, aku mengajar di kelas anak sendiri..(sebenarnya aku tak suka mengajar di kelas yang ada anak sendiri). Ini bukan kerana apa, cuma kalau aku naik marah dengan budak-budak kelas tu, mesti tak jadi, bila terpandang muka 'kartun' anakku itu...isy..isy. Lepas tu apabila balik di rumah, ada saja' juri juri awam' yang bagi komen. Tahun ni, nasib baik tidak ada kelas anak-anak yang aku ajar. Walaubagaimanapun, memang seronok kalau bersekolah di sekolah yang sama dengan anak-anak.
Subscribe to:
Posts (Atom)