Saturday, May 29, 2010

Kek Choklat


Ini cerita lama yang nak di kongsi bersama. Projek membuat kek tak habis-habis selagi ada permintaan...hehe. Anak-anak memang suka makan coklat termasak emaknya.. Jadi kalau fikir-fikirkan nak buat kek, majoriti mencadangkan 'choclate cake', kali ini aku buat agak besar sedikit, memandangkan bekas acuan kek yang baru belum di cuba 'try' heheh. Jadi dengan cubaan pertama yang aku buat, keknya naik cantik dan gebu, mungkin akan menyusul cubaan kedua dan seterusnya. Ini lah gambar kek nya yang siap di bubuh 'chocolate cream' yang meleleh itu...nyum-nyum..

Monday, May 17, 2010

Ibu

Alfatihah untuk kedua-dua ibuku yang telah kembali ke rahmatullah. Hari ini genaplah seminggu ibu mertuaku dipanggil Illahi. Semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya... amin

Bagi sesiapa yang masih ada ibu, sayangi lah mereka seperti mereka menyayangi kita.

Thursday, May 13, 2010

Hari Ibu


Hari ibu memang istimewa buat semua ibu. Oleh kerana pada hari minggu, anak-anak semua berkumpul di rumah, aku bercadang untuk mengadakan BBQ untuk kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi , suamiku baru belikan BBQ set yang sangat canggih itu...huhu. Menu pada hari itu ala-ala 'Western' gitu...hehe, iaitu 'garlic bread', 'homemade mashed potato', 'gravy', 'mix salad', 'fruit salad', dan lain-lain. Pada hari itu juga aku dapat hadiah kejutan dari anak-anak. Terima kasih anak-anakku yang di kasihi atas ingatan itu... (terharu... sob..sob..)

Abah juga tumpang seronok..hehe