Thursday, June 17, 2010

Mood

Kemalasan untuk meng'update' blog bermula sejak cuti sekolah hari tu. Sebenarnya banyak perkara yang hendak ditulis di sini tetapi, terhalang disebabkan 'M' ini lah...huhu. Jadi hari ini, kuat kan juga untuk meng'update' blog ini agar ianya tidak 'bersawang'...hehe

Cuti Sekolah kali ini tiada tempat yang menarik hendak di kunjungi. Paling jauhpun ke Melaka. Nak menghala ke KL pun rasa macam tak ada 'Mood'. Anak-anak sudah besar, jadi mereka pun rasa duduk di rumah lagi seronok dari menginap di mana-mana hotel yang terpaksa bersesak-sesak. Maklumlah masing-masing dah besar. Kalau nak bawa bercuti sekurang-kurangnya kena tempah dua bilik atau tiga (at least!!) kosnya tentu lah mahal, jadi daripada berabis duit menempah bilik hotel tu, baik lah habis duit untuk 'shopping'. Melaka pun 'best' juga, banyak tempat beli belah yang menarik. Kalau nak pergi tempat-tempat menarik, Melaka pun belum habis lagi pusing.

Cuti sekolah juga sebenarnya bukanlah cuti sepenuhnya. Awal minggu hari tu, terpaksa 'study' untuk PTK, walaupun dah lulus Tiga, tapi nak cuba sekali lagi, kot-kot dapat Empat lah pulak...hehe. Kertas jawapan peperiksaan setengah tahun, pula menanti untuk ditanda. Kalau tak siap tanda, naik sekolah ni, teruklah kena kejar dengan SU Peperiksaan...hehe (mana nak nyorok), Jadi ada mood ke tak ada mood, terpaksalah menanda, sebab itu sudah tanggungjawab hakiki.

Cuti sekolah ni pulak suami ke Australia, atas urusan kerja. Ada juga cadangan nak ikut, tetapi memikirkan banyak perkara, terpaksalah melupakan saja cadangan itu. Insyallah kalau tiada halangan suatu hari nanti akan dapat juga ke sana.

Di sini ada gambar suami, di Australia yang sempat dia kirimkan semalam.. (tengok gambarpun jadilah..hehe)

Wednesday, June 09, 2010

cat

Untuk memilih cat untuk rumah baru, ni bukan lah senang. Mula-mula suami bercadang nak cat luar rumah dengan warna kelabu gelap dan kelabu terang, setelah melihat sebuah rumah yang berwarna tersebut yang nampak cantik dengan warna tersebut. Tetapi ramai pulak yang tak setuju. Masing-masing ada pilihan warna tersendiri. Jadi kena lah buat undian, kan...hehe baru lah adil dan saksama.

Jadi setelah membuat undian, maka warna 'rocky mountain' dan 'Barley white' dari ICI menjadi pilihan. Maka ini lah hasilnya semalam, walaupun belum dicat habis.

Sunday, June 06, 2010

Nikah


Hari Sabtu yang lepas, anak saudara suami selamat diijab kabulkan. Mohd Shazzale Rozalan merupakan anak saudara sulung sebelah suami. Akad nikah berlangsung di surau Kampung Chohong, Jasin. Majlis persandingan sebelah perempuan berlangsung semalam. Minggu hadapan pula akan diadakan majlis di rumah kakak iparku.
Wah!!... nampaknya cuti sekolah ni sibuk dengan majlis walimah di mana-mana. Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada pengantin-pengantin baru, sempena cuti sekolah ini.

Tuesday, June 01, 2010

Casa Impian 3

Sudah lama tidak bercerita pasal rumah idaman yang masih dalam pembinaan itu. Setakat hari ini, perkembangannya agak memberangsangkan. Kerja-kerja memasang tile, hampir selesai. Binaan pagar depan juga tinggal 20 peratus untuk siap. Kerja-kerja mengecat bangunan akan dimulakan esok. Setelah selesai semuanya, baru lah pintu dan tingkap di pasang. Insyallah, sebelum bulan Ramadhan, rumah ini bakal dihuni... insyallah.
Ini gambar rumah yang sempat di rakam minggu lepas.