Wednesday, August 06, 2008

Transport Museum

'Transport Museum' terletak tidak jauh dari rumah. Lebih kurang sepuluh minit memandu. Masuk adalah percuma dan ianya terletak betul-betul di tengah bandar Coventry. Banyak juga pengetahuan yang kami dapat dengan melawat Muzium ini, terutamanya tentang sejarah kenderaan dari kereta, basikal dan motosikal.

Sejarahnya bermula dari tahun 1800an, di mana manusia berfikir bagaimana untuk mencipta kenderaan yang boleh memudahkan pergerakkan. Nama-nama seperti Carl Benz, Gottleib Daimler, J.K Starley, Rover adalah antara nama-nama pelopor dalam penciptaan enjin kereta . Bandar Coventry merupakan bandar motor apabila 'Daimler Motor Company' dibuka di sini pada tahun 1896.

Pelbagai jenis kenderaan dipamerkan di sini, termasuklah basikal dan motosikal yang pertama di cipta. Apa yang menarik ialah kereta-kereta yang di pamerkan terdiri dari pelbagai jenama seperti Daimler, Triumph, Jaguar, Rover, Alvis, Swift dan Calcott. Haha...nampaknya cikgu sejarah dah mulakan kelasnya pada hari ini.. hehe (dah gian nak mengajar Sejarah nampaknya..)

Oklah.. di pendekkan cerita, ini lah antara gambar-gambar yang dapat diambil di 'Transport Museum' hari ini..

2 comments:

fatim said...

hai cikgu...
seronok dpt baca blog cikgu..tak dpt pergi sana, dapat maklumat dari cikgu pun dah mengembirakan..:)semoga cikgu dan keluarga berbahagia dan sihat sentiasa di sana..

Suzana Abd Manan said...

Salam Fatim, terima kasih datang dan baca blog cikgu, siapakah anak murid cikgu yg bernama Fatim ni yek??