Thursday, September 24, 2009

Raya 2009

Raya tahun ini meriah juga. Ini merupakan kali pertama beraya di Malaysia selepas balik dari UK. Ini juga kali pertama beraya di rumah Sialang 3 ini. Pagi raya agak sibuk, terutama menyiapkan juadah sebelum kami sekeluarga bersolat sunat aidilfitri di masjid Tangkak. Selepas acara bersalam-salaman, barulah kami ke rumah ibu mertua yang tidak berapa jauh dari rumah kami. Selepas itu kami pergi menziarahi kubur abah dan bapa mertua, sebelum pergi pula beraya ke rumah saudara mara yang dekat-dekat sini. Manakala pada sebelah petang ramai pula saudara mara yang datang ke rumah kami sehingga ke malam. Anak-anak seronok dapat duit raya, sebab masa raya di UK dulu tak ada duit raya.. hehe

Sukanya dia dapat duit raya..hehe

4 comments:

Mrs. Ishamizu said...

rmi nye ank buah akk..hehe. mmg meriah sguh! wahh..ank2 bestla dpt duit raya!!mak2 kopak..:D sibbaik stahun skali eh Kzana...;)

Suzana Abd Manan said...

Memang ramai Izu, semuanya 40 orang.Tu yang sebelah abang Khanapi, kalau sebelah akak 12 orang aje dan kebanyakkan sebaya anak-anak akak dan ada juga yg dah kerja. Jadi yang dah kerje tu, kena le bagi duit raya pulak..hehe

nieja said...

selamat ari raya aunt!
cmne best x braya kat mlysia
hehe

Suzana Abd Manan said...

Selamat hari raya nieja..best jugak raya kali ni, sebab dh lama tak beraya di Malaysia kan.. jemputlah datang rumah auntie..:)