Tuesday, October 13, 2009

PMR


Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan PMR. Ini bermakna 'merdeka'lah anakku Bariyah, setelah bertungkus lumus menghadapinya. Mungkin dia sudah buat yang terbaik, aku sebagai ibu hanya mendoakan saja. Maklumlah Bariyah terpaksa menduduki peperiksaan tersebut tanpa mempelajari pelajaran tingkatan satu dan dua. Bila balik Malaysia hari tu, tup..tup terus ke tingkatan tiga dan kena ambil PMR pulak. Mula-mula dia nampak 'stress' juga dengan pelajaran yang agak asing baginya. Tapi alhamdulillah lama kelamaan, dia boleh ikut juga. Jadi aku harap dia boleh buat PMR itu sebaik yang dia boleh, aku tidak memberi tekanan sangat kepadanya, takut dia 'tansion' pulak nanti.

Saturday, October 03, 2009

Rumah Terbuka

Bergambar bersama anak-anak muridku..
Semalam, aku dan anak-anak beraya sakan. Keluar rumah sejak pukul 11.00 pagi lagi untuk menghadiri jemputan rumah terbuka kawan-kawan. Suami tidak dapat ikut serta kerana bertugas. Rumah pertama yang kami kunjungi ialah rumah anak muridku yang terletak di Pengkalan Besar. Ini merupakan kali pertama masuk ke Pengkalan. Jauh rupanya kampung ini, patutlah anak-anak muridku semuanya bermotosikal ke sekolah. kalau naik basikal mesti 'pancit' di tengah jalan...hehe. Walaubagaimanapun, suasana kampung di sini masih kekal.

Ini mak Aisyah, bekas pekerja swasta SMK Ledang

Selepas solat zohor, kami ke rumah Pn Jamilah yang rumahnya berhampiran dengan Sekolah Ledang. Nasi dagang, laksa Johor, nasi impit, rendang dan kuah kacang menjadi pilihan. Dari rumahnya ramai guru-guru berkumpul untuk sama-sama ke rumah Pengetua, Tn Hj Ahmad bin Kamit, yang terletak di Jasin. Kami 'konvoi' ramai-ramai dan sampai di rumah pengetua lebih kurang pukul 3.00 petang. Di rumah pengetua sempat lagi Marhaban dan ada ucapan ringkas darinya, sebelum beramai-ramai ke rumah kawan kami Norhaslina di Muar. Juadah istimewanya ialah sate dan laksa Johor. Sampai di rumah jam 6.30 petang dengan penuh kesyukuran kerana kekenyangan...alhamdulillah... Terima kasih ye kawan-kawan..:)

*Maaflah gambar-gambar tidak dapat nak di 'upload' semua kerana kelembapan ternet..isy..isy

Friday, October 02, 2009

Raya Lagi!!

Walaupun hari ini sudah masuk dua minggu raya, namun jemputan untuk majlis "open house", semakin banyak. Sejak sekolah di buka hari itu, aku dan kawan-kawan sekolah membuat kunjungan ke rumah kawan-kawan, setiap hari selepas balik dari sekolah.

Giliran rumahku, pada hari selasa yang lepas. Menu yang sempat aku siapkan pada hari itu ialah Mee Bandung Muar. Segala bahan-bahan telah di siapkan pada malam hari lagi dan bila balik saja sekolah, terus menyingsing lengan, merebus dan menggoreng apa yang patut. Dalam masa 45 minit, aku dapat menyiapkan hidangan untuk kawan-kawan yang datang pada hari itu (haha...ini kira rekod peribadi lah nie..:)).

Semalam, kami ke Bukit Gambir dan Serom untuk menziarahi kawan-kawan yang tinggal di kawasan itu. Apa yang bestnya, menu yang di sediakan adalah makanan tradisi masyarakat jawa..ermm.. apa entah namanya.. tapi rasanya memang sedap.

Hari ini siri "open house" akan di teruskan. Suami pula terpaksa bertugas, sebab Utem ada konvokesyen pada hari ini dan esok. Aku dan anak-anak akan beraya sakan lah jawabnya...hehe