Semalam, aku dan anak-anak beraya sakan. Keluar rumah sejak pukul 11.00 pagi lagi untuk menghadiri jemputan rumah terbuka kawan-kawan. Suami tidak dapat ikut serta kerana bertugas. Rumah pertama yang kami kunjungi ialah rumah anak muridku yang terletak di Pengkalan Besar. Ini merupakan kali pertama masuk ke Pengkalan. Jauh rupanya kampung ini, patutlah anak-anak muridku semuanya bermotosikal ke sekolah. kalau naik basikal mesti 'pancit' di tengah jalan...hehe. Walaubagaimanapun, suasana kampung di sini masih kekal.
Selepas solat zohor, kami ke rumah Pn Jamilah yang rumahnya berhampiran dengan Sekolah Ledang. Nasi dagang, laksa Johor, nasi impit, rendang dan kuah kacang menjadi pilihan. Dari rumahnya ramai guru-guru berkumpul untuk sama-sama ke rumah Pengetua, Tn Hj Ahmad bin Kamit, yang terletak di Jasin. Kami 'konvoi' ramai-ramai dan sampai di rumah pengetua lebih kurang pukul 3.00 petang. Di rumah pengetua sempat lagi Marhaban dan ada ucapan ringkas darinya, sebelum beramai-ramai ke rumah kawan kami Norhaslina di Muar. Juadah istimewanya ialah sate dan laksa Johor. Sampai di rumah jam 6.30 petang dengan penuh kesyukuran kerana kekenyangan...alhamdulillah... Terima kasih ye kawan-kawan..:)
*Maaflah gambar-gambar tidak dapat nak di 'upload' semua kerana kelembapan ternet..isy..isy
No comments:
Post a Comment