Sunday, December 20, 2009

Kek Mentega Keju


Hari ini teragak pula nak buat kek mentega keju. Ini bukan kali pertama membuatnya, tapi kali ini sempat pulak mengambil gambar kek tersebut sebelum di 'ngap' oleh anak-anak. Membuat kek ini agak leceh sikit sebab banyak sangat langkah yang perlu diikut, kalau tak betul-betul mungkin tak jadi. Langkah yang paling aku tak suka ialah bila kena mengasingkan kuning dan putih telur. Susah juga kerjanya, kerana kadang-kadang tu termasuk juga kuning telur dalam putihnya. Isy...betul-betul kena banyak sabar. Oklah dalam pada ber'diet' ni sempat lagi buat kek..."Tak apalah, sekali sekali makan 'chesse cake' tak ada gemuk nya"...(saja nak menyedapkan hati sendiri...hehe)

4 comments:

Mrs. Ishamizu said...

bkn selalu...hehe..nway sdpnye nmpk kek itu lbh2 lg decorationnya yg cantik tu..adoi..trus tingin! hehehe..tade resepi ke kak?:D

Suzana Abd Manan said...

Betul tu izu, sekali sekala tak apa, bukan selalu kan..hehe.. Resepi ni kalau tak silap akak ambil dari sini http://tiffinbiru.blogspot.com (link dia ada kat blog akak.(terima kasih lah pada tuan blog ni). Lepas ni bolehlah izu cuba ye..

Puan Gee said...

btol tu kak, sesekali apa salahnya. diet ... diet jugak. jgn sampai memudaratkan diri. ada kawan gee pernah warded nak kurus punye pasal. Lagipun time cuti nilah nak masak mcm2. (tak sampai dua minggu lg skolah nak bukak... o tidak. Tak puas cuti lg ni) hihi

nieja said...

phewww..
sedapnyaaa..