Saturday, January 16, 2010
Lesen
Mizi dah dapat lesen!!!...berita ini sebenarnya menggembirakan dan menakutkan aku. Gembira sebab dia sudah boleh memandu sendiri kereta dan 'menakutkan' bila aku mula berfikir perkara yang bukan-bukan.. minta dijauhkan Allah hendaknya. Untuk melepaskan dia memandu kereta sendiri, memang merisaukan aku. Tapi alhamdulillah, semalam dia berjaya ke tempat 'kerja' (tempat dia praktikal di MITC Melaka), bersendirian dengan selamat. Ini merupakan titik mula untuk aku dan suami melepaskan dia sedikit-sedikit memandu sendirian. Mungkin aku juga begitu dulu. Aku mula mendapat lesen ketika aku berusia 18 tahun (ketika di tingkatan 6 lagi), tetapi selepas itu, aku tidak pernah dibenarkan memandu kerana ayah tidak memberi kepercayaan untuk aku memandu sendiri, sehingga lah pada suatu hari selepas berkahwin, aku terpaksa ke sekolah menaiki teksi sebab suami berkursus. Setelah menunggu teksi yang tidak kunjung tiba, aku nekad untuk pandu sendiri kereta ke sekolah. Sejak itulah, aku mula memandu sendiri kereta ke sekolah...hehe (suami tidak mahu lagi menghantar aku ke sekolah, bila dia tahu aku boleh memandu)..kikikik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hehe so cute citer akk..mmg la suami xnk anta dh klu kte pndi bwk keta..dia lbh suka wife yg independent ye tak?(er mcm tak je kt en hisham.hehe)
Nway Tahniah Mizi, kjp je dia dh praktikal eh..gud luck! Mitc? company apa kak?
Memang masa first time akak bawak kereta tu, dia balik tengok kereta tak ada, dia ingat kereta kena curik..hehe memang kelakar. Dia tak sangka akak yg bawak kereta tu..
Mizi praktikal kat syarikat nama dia Anjung Teknologi kalau tak silap la.. Lepas ni dia ada satu sem lagi.
Post a Comment