Saturday, January 09, 2010

Sekolah

Ini gambar tahun lepas, tahun ni belum sempat nak bergambar..hehe

Memang tidak pernah terfikir, ibu dan anak-anak bersekolah di sekolah yang sama. Memang seronok kalau dapat bersekolah di sekolah anak-anak sendiri. Jadi, sebagai ibu, aku tak perlu risau sangat pasal anak-anak, sebab mereka ada di 'depan mata'. Cuma Hambaly saja yang masih bersekolah rendah, namun sekolahnya bersebelahan dengan sekolahku. Kalau dia main bola di padang, aku boleh nampak dia dari kelas aku mengajar...boleh lambai-lambai lagi...hehe

Mengajar di sekolah yang sama memang 'best', tapi kalau mengajar di kelas yang sama, lain pula ceritanya.Tahun lepas, aku mengajar di kelas anak sendiri..(sebenarnya aku tak suka mengajar di kelas yang ada anak sendiri). Ini bukan kerana apa, cuma kalau aku naik marah dengan budak-budak kelas tu, mesti tak jadi, bila terpandang muka 'kartun' anakku itu...isy..isy. Lepas tu apabila balik di rumah, ada saja' juri juri awam' yang bagi komen. Tahun ni, nasib baik tidak ada kelas anak-anak yang aku ajar. Walaubagaimanapun, memang seronok kalau bersekolah di sekolah yang sama dengan anak-anak.

4 comments:

Mrs. Ishamizu said...

hehe muka kartun, kelakar la...klu izu pon rasa cm xbley je nk ngajar di sekolah yg sama ngan ank2..nway, rindunya kt sekolah n ank2 murid2..:)

Suzana Abd Manan said...

Betul Izu, kadang2 mcm sponge bob, kadang2 mcm patrick, dan kadang2 mcm squidward...haha . Izu tak sambung contrak ke?

Mrs. Ishamizu said...

bkn xnk sambung kak...derg yg xkol..klu xkol tu jpn kata maknanya kementerian tade peruntukan nk bg sambung..sob2..

Suzana Abd Manan said...

Tak apa izu jangan sedih, mungkin nanti ada rezeki lain tu..