Sudah lama tidak buat pizza sendiri. Sejak balik Malaysia ni, kemalasan membuat pizza menjadi-jadi...hehe. Alasannya untuk mendapatkan 'cheese', dan tepung yang sesuai agak susah sikit. Terpaksa ke Muar atau Melaka, kalau nak makan 'cheese' yang ada di Tangkak ni hanyalah 'cheesedel' yang keping-keping tu. Jadi anak-anak selalu sebut-sebut, nak makan pizza.
Oleh kerana kedai pizza terkenal baru buka di Tangkak, aku bercadang membawa mereka ke situ dengan janji, keputusan peperiksaan mereka mesti ada peningkatan. Jadi seperti dijanjikan, minggu lepas "cikgu dan anak-anak murid sekolah" ini berkesempatanlah menjamu selera di kedai tersebut sebaik tamat waktu persekolahan. Tempatnya tidak lah jauh, cuma terletak di sebelah kedai-kedai kain yang banyak di Tangkak ini.
*Sempat pulak aku berposing dengan 'x-student' yang bekerja di situ. Inilah gambarnya.
2 comments:
Oh kt sana dh ada Pizza ye..xyah la akk ssh2 nk buat lg..agk2 tingin beli je..hehe..tp mst akk nk buat seniri jgk kn...izu pnh try buat pizza, ssh jgk nk buat doh dia tu..keras jadinya..mula2 tatau kne ltk yis..hahaha...lawak..nti akk buat, buat n3 ye..bleyla izu belajar dr akk ..:)
P.S Comelnya Comel akk kt bwh ni..;)
Pizza hut izu, tapi anak2 kata tak berapa sedap. Derang kata sedap sheykes (betul ke ejaan tu?)lagi.. Kalau sekali2 tu kira ok lah izu, sebab yg bestnya kita makan ada org layan...hehe. Kalau sendiri buat, kena layan sendiri lah..tu yg tak best nya.
Post a Comment