Sunday, January 02, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Satu dah habis SPM dan satu lagi akan mengadap SPM 2011

Maaf kerana keterbatasan berblog. Mungkin sebab blog ni sudah mencecah hampir 6 tahun menyebabkan keterujan untuk berblog semakin merundum. Masa mula-mula menulis blog dahulu, hampir hari-hari mahu mengupdatenya. Secara peribadi aku mempunyai sampai 4 blog untuk di update...Tapi apabila blog ini sudah mencecah 6 tahun tuannya pun sudah agak bosan menulisnya. Lebih-lebih lagi apabila, fenomena facebook melanda dunia menyebabkan, tuan blog lebih suka ber' facebook' dari berblog...haha. Ramai juga kawan-kawan blogger yang dulunya aktif sekarang sudah 'pencen' terus dari ber'blog'. Dan ada juga seperti aku, yang blognya sudah bersawang.

Sempena tahun baru 2011, aku ingn mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada kawan-kawan yang sudi membaca blog ini walaupun sesetengahnya aku tidak kenal. Namun kesudian anda membacanya amat saya hargai.

Tahun baru ini, anakku yang bersekolah, tinggal tiga orang saja lagi. Anakku yang kedua, sudah tamat SPM bulan Disember lepas. Jadi kuranglah penumpang ke sekolah setiap hari. Manakala Hambaly sudah naik ke tingkatan satu tahun ini, di Sekolah Menengah Ledang. Bertuah lah mereka kerana hari-hari maknya menjadi teman ke sekolah...hehe. Tahun ni pulak aku akan jadi guru Sejarah dan guru Bahasa Melayu anak sendiri...hermmm. (harap-harap 'minah' tu tak main-main dalam kelas, sebab tahun ni dia akan ambil SPM..huhu)

Oklah, sebagai membuka tirai tahun baru, ini ada beberapa gambar menarik sewaktu percutian cuti sekolah yang lepas...

3 comments:

ummi_ziz said...

Happy new year KZana!! slmt kbali mengajar..kene ajr ank akk eh? hehehe...good luck to her..goood luck to Atul yg dh lps SPM tu.

Keep updating k..terubat sket rindu Izu kt kpg halaman nti baca post akk..kira Tangkak tu mcm kpg izu jgk la, dlm Johor la katakan,. hehe...

Oh jmpt ke 'rumah baru' Izu eh..sori lmbt bgtau. ;)

Suzana Abd Manan said...

Salam izu, thanks kerana sudi baca post akak yg dah lama tak update. Anyway happy new year juga buat izu and family di London. Take care ye...akak selalu juga blog hopping ke blog baru izu tu. Nice to read yours..keep blogging dear..:)

ummi_ziz said...

:) ok, insya Allah..thnks akk. akk pon sama tau, keep blogging! hehe..

Take care.