Sudah berbulan-bulan tidak menulis di blog ini. Maaflah kawan-kawan, sejak balik Malaysia ini, kekerapan berblog amat terhad. Tak tau kenapa, nak kata sibuk, memang sibuk juga. Kalau minggu persekolahan memang tak berkesempatan untuk duduk dan menulis. Kalau sempatpun hanya berFB je, tu pun tengok-tengok dan komen-komen status kawan-kawan sekejap aje. Nak update status sendiripun rasa kemalasan. Pendek kata, MALAS le tu...hehe. Entah apa mimpi agaknya, hari ini macam ada mood nak menulis. Bulan Ramadhan sudah bermula, memang pagi-pagi ni tak banyak kerja nak dibuat. Lepas siram pokok dan masukkan baju dalam mesin, rasa macam ada masa senggang pulak untuk menulis.
Sejak post akhir yang lepas banyak peristiwa yang berlaku. Misalnya dua bulan yang lepas suami tercinta buat operation jantung. Memang mengejut betul, tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Mudah-mudahan selepas operation ni dia kena banyak berehat, jaga pemakanan dan juga senaman. Manakala tuan blog pula selalu mengalami tekanan darah rendah, Dr kata tak ada ubat, cuma kena makan makanan yang lebih garam, dan lebih vitamin plus kena bersenam..huhu.
Sejak bulan Jun yang lepas, anak ketiga Khairul Bariyah, dapat melanjutkan pelajaran ke UiTM segamat dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Jadi sekarang ni yang tinggal di rumah cuma Imam Hambaly dan Imam Baihaqi. Tetapi hari ni semua anak-anak ada di rumah untuk sambut awal ramadhan, syukur alhamdulillah. Jadi sebagai ibu mithali nie kenalah fikir menu apa untuk berbuka pada petang nanti. Yang ada dalam fikiran utuk masak ayam panggang dan masak ikan merah kukus, lepas ni nak cari kat internet resepi yang best-best.
No comments:
Post a Comment