Saturday, April 24, 2010

'Marble Cake'

Ini sebenarnya cerita lama. Tetapi memang niat, untuk masukkan juga dalam blog ini, namun kerana gambar kek ini tersorok entah mana, jadi postnya tertangguh. Semalam cuba belek-belek semula gambar-gambar yang ada dalam 'external drive' akhirnya jumpalah gambar kek ini...haha.
Cubaan membuat kek ini menjadi. Rasa nya sangat sedap...itu menurut tuannya lah...heheh (kes angkat bakul lah ni), resepinya di ambil dari blog tiffinbiru dari mat gebu tu.. memang gebupun keknya. Thanks encik mat, resepi-resepi di blognya memang best.

*kenapalah susah sangat nak 'upload' gambar sekarang ni...isy.. (saiz ni je yang boleh)

Pindah


Tajuk entry kali ini sebenarnya tiada kaitan dengan hendak pindah rumah. Ceritanya hanyalah kisah pindah bilik guru pada hari semalam. Bangunan baru di SMK Ledang telahpun siap sepenuhnya. Jadi guru-guru diarahkan berpindah ke bilik guru baru yang terletak di bangunan baru itu. Pengetua menyuruh bilik guru lama di kosongkan. Oleh itu semalam kerja-kerja memindahkan meja dan kerusi serta harta benda guru-guru bermula... macam pesta lah pulak...hehe. Budak-budak memang suka tolong cikgu sebab tak payah belajar. Masing-masing sibuk menawarkan pertolongan nak bantu cikgu-cikgu 'kesayangan' masing-masing berpindah. Bestnya bila dapat bilik guru baru ni 'it's fully aircon'... wah!! first time dapat bilik guru yang ber'aircon'.

*Maaflah kerana sudah lama tidak meng'update' blog ini. Ini semua gara-gara laptopku di 'reformat' semula kerana ianya di serang sang virus-virus yang tidak di ketahui dari mana. Jadi banyaklah gambar-gambar yang terhilang dan ter'delete'....huhu. Maaf sekali lagi sebab tiada banyak gambar di entry kali ini... ini semua kerana puas di 'upload' gambar tapi masih tak mucul-muncul...(boring!!!)