Sunday, December 20, 2009

Kek Mentega Keju


Hari ini teragak pula nak buat kek mentega keju. Ini bukan kali pertama membuatnya, tapi kali ini sempat pulak mengambil gambar kek tersebut sebelum di 'ngap' oleh anak-anak. Membuat kek ini agak leceh sikit sebab banyak sangat langkah yang perlu diikut, kalau tak betul-betul mungkin tak jadi. Langkah yang paling aku tak suka ialah bila kena mengasingkan kuning dan putih telur. Susah juga kerjanya, kerana kadang-kadang tu termasuk juga kuning telur dalam putihnya. Isy...betul-betul kena banyak sabar. Oklah dalam pada ber'diet' ni sempat lagi buat kek..."Tak apalah, sekali sekali makan 'chesse cake' tak ada gemuk nya"...(saja nak menyedapkan hati sendiri...hehe)

Sunday, December 13, 2009

Motor

Motor naik kereta..
Hari Jumaat yang lepas aku ke Port Dickson tetapi kali ini bukan menjemput anak bujang ku Mizi, tetapi menjemput motornya sahaja.. hehe. Mizi akan balik ke rumah keesokan hari nya dengan menaiki bas. Aku dan suami sebenarnya risau untuk membenarkan Mizi membawa motor untuk pulang ke Tangkak. Bagi aku dan suami, biar susah-susah sikit asalkan tak pening dan risau bila dia pulang dengan bermotorsikal. Motor itu di hantar ke Poli PD hanya untuk keperluan dia di sana sahaja, tak boleh jalan jauh-jauh ( itu syarat yang aku beri pada dia).. Huh...susah juga ye kalau anak-anak dah besar ni, lepas ni mesti dia minta nak bawa kereta pulak...isy...isy...(pening-pening)

Mizi dan kawan-kawannya di Poli PD baru nak pergi gash

Friday, December 04, 2009

Genap Setahun

Saat menjejakkan kaki di KLIA.. seronok tak terkata.

Di hadapan Transport Museum di Coventry, masa ni suhu mencecah -2 C
'Shopping sakan' di Coventry untuk kali terakhir..

Hari ini genaplah setahun kami sekeluarga menjejakkan kaki di bumi Malaysia, setelah tiga tahun di perantauan. Memang saat-saat manis tinggal di UK tetap terpahat dalam ingatan, terutamanya anak-anak. Mereka semua sudah besar dan dapat merasakan keseronokan bersekolah di sana. Kerinduan untuk kembali bersama-sama kawan-kawan memang ada, tapi apa kan daya bak kata orang 'Hujan batu di negeri sendiri lebih baik dari hujan emas di negeri orang'.

Kesejukkan di musim dingin membuatkan aku tidak sabar untuk pulang. Memang sejuk dan merimaskan kerana pergerakkan terbatas. Cukuplah tiga tahun sahaja, kalau lebih, mesti rasa nak balik sangat..hehe. Ini adalah diantara gambar-gambar terakhir yang di ambil ketika masih berada di Coventry dan saat-saat akhir kepulangan kami ke tanah air. Insyallah kalau ada rezeki, akan sampai juga kami ke sana lagi...

Bergambar dalam limosin dan bas merah ni
sehari sebelum pulang ke tanahair (first time in my life)


Thursday, December 03, 2009

Rumah Lagi

Pekerja kontrak sedang bertugas...

'Bob The Builder' sedang beraksi..hehe

Setiap petang memang kami sekeluarga banyak menghabiskan masa di rumah yang belum siap itu. Di bahagian belakang rumah ada kebun yang telah di tinggal terbiar hampir 3 tahun yang lepas. Masa di UK dulu ada juga suruh orang 'tengok-tengok'kan..hehe. Memang lah dia ada tengok-tengok. Dan bila kami balik, kebun tu dah jadi 'mini rimba' ...hehe. Nak masukpun tak boleh. Nasib baik tak ada harimau ke, gajah ke, kalau tidak jadi 'mini zoo' lah pulak...hehe. Jadi tiap-tiap petang cuti sekolah ni, kami sekeluarga buatlah gotong royong mengemaskan 'mini rimba' itu.. Sekarang ni, baru lah boleh masuk sampai ke belakang.

Tapi yang sedihnya, sungai yang dulunya airnya jernih sekarang ini sudah keruh kerana kerja-kerja pelebaran sungai dilakukan. Tak tahulah ikan-ikan ada lagi atau tidak.



Manakala pokok-pokok mangga, durian, manggis, dukung dan kelapa yang di tanam masih hidup walaupun tidak sihat (kesian pokok-pokok itu). Kami bercadang untuk membaja dan membela kembali pokok-pokok tersebut supaya ianya hidup subur kembali...(semangat nih..) Ini lah gambar-gambar yang di ambil sekitar rumah dan kebun kami yang belum siap itu..

Gunung Ledang adalah 'view' yang menarik dari tingkat atas rumah kami. Yang bawah sekali ialah gambar pemandangan rumah kami dari kebun.