Thursday, December 03, 2009

Rumah Lagi

Pekerja kontrak sedang bertugas...

'Bob The Builder' sedang beraksi..hehe

Setiap petang memang kami sekeluarga banyak menghabiskan masa di rumah yang belum siap itu. Di bahagian belakang rumah ada kebun yang telah di tinggal terbiar hampir 3 tahun yang lepas. Masa di UK dulu ada juga suruh orang 'tengok-tengok'kan..hehe. Memang lah dia ada tengok-tengok. Dan bila kami balik, kebun tu dah jadi 'mini rimba' ...hehe. Nak masukpun tak boleh. Nasib baik tak ada harimau ke, gajah ke, kalau tidak jadi 'mini zoo' lah pulak...hehe. Jadi tiap-tiap petang cuti sekolah ni, kami sekeluarga buatlah gotong royong mengemaskan 'mini rimba' itu.. Sekarang ni, baru lah boleh masuk sampai ke belakang.

Tapi yang sedihnya, sungai yang dulunya airnya jernih sekarang ini sudah keruh kerana kerja-kerja pelebaran sungai dilakukan. Tak tahulah ikan-ikan ada lagi atau tidak.



Manakala pokok-pokok mangga, durian, manggis, dukung dan kelapa yang di tanam masih hidup walaupun tidak sihat (kesian pokok-pokok itu). Kami bercadang untuk membaja dan membela kembali pokok-pokok tersebut supaya ianya hidup subur kembali...(semangat nih..) Ini lah gambar-gambar yang di ambil sekitar rumah dan kebun kami yang belum siap itu..

Gunung Ledang adalah 'view' yang menarik dari tingkat atas rumah kami. Yang bawah sekali ialah gambar pemandangan rumah kami dari kebun.


2 comments:

HalfBlood Princess said...

Wahhh besarnyaaa...^_^ ini dh bley dpgil sbg mahligai..;)bestnya kak, siap ada kebun buah, ada sungai lg..wah, mcm2 bley buat tu nti...

Hmm brp ekar tanah tu kak? mahai tak?? (ada hati lg tu...:D)

Suzana Abd Manan said...

Tak da lah besar, biasa2 aje izu. Tanah ni hadiah arwah ayah akak masa dia masih hidup lagi dulu. Memang dia suruh akak duk kampung agaknya. Alhamdulillah..