Friday, March 12, 2010

Pizza

semuanya licin..hehe
Sudah lama tidak buat pizza sendiri. Sejak balik Malaysia ni, kemalasan membuat pizza menjadi-jadi...hehe. Alasannya untuk mendapatkan 'cheese', dan tepung yang sesuai agak susah sikit. Terpaksa ke Muar atau Melaka, kalau nak makan 'cheese' yang ada di Tangkak ni hanyalah 'cheesedel' yang keping-keping tu. Jadi anak-anak selalu sebut-sebut, nak makan pizza.

Oleh kerana kedai pizza terkenal baru buka di Tangkak, aku bercadang membawa mereka ke situ dengan janji, keputusan peperiksaan mereka mesti ada peningkatan. Jadi seperti dijanjikan, minggu lepas "cikgu dan anak-anak murid sekolah" ini berkesempatanlah menjamu selera di kedai tersebut sebaik tamat waktu persekolahan. Tempatnya tidak lah jauh, cuma terletak di sebelah kedai-kedai kain yang banyak di Tangkak ini.

*Sempat pulak aku berposing dengan 'x-student' yang bekerja di situ. Inilah gambarnya.

Comel

Post kali ini hanya hendak bercerita pasal kucing yang kami bela hari tu, sudah semakin besar dan comel. Kedua-dua Imam bergilir-gilir membersihkan kandang kucing dan memberi makanan kucing-kucing tersebut. Kucing-kucing itu jadi penghibur kami sekeluarga. Seronok dapat melihat telatah ketiga-tiga ekor kucing itu yang melompat-lompat bila dilepaskan dari kandang. Ini lah beberapa gambar kucing-kucing itu.

Tuesday, March 09, 2010

Cerita


Yang berbaju hijau itu lah arwah Izzat Amir, yang kembali ke Rahmatullah dua hari lepas..al fatihah.
Sebenarnya banyak juga perkara yang hendak dimuatkan dalam blog ini, tapi disebabkan kesibukan dan kemalasan, menjadikan blog ini tak dikemas kini agak lama.

Cerita pertama: Kisah di sekolah, macam-macam aktiviti berjalan. Paling menyebabkan kesibukan ialah ujian Kurikulum satu baru saja habis. Selaku penyelaras peperiksaan, agak sibuk lah juga 'plus' buat-buat sibuk ...hehe. Nak kena kejar cikgu-cikgu yang lambat 'key in' markah. Sebab aku kena buat analisa, kalau lambat hantar, Pengetua 'bising'. Jadi, sebelum pengetua 'bising', aku kena lah 'bising-bising dulu... haha

Cerita kedua: Rumah masih dalam proses. Selepas Raya Cina ni 'progress' agak 'slow'. Sekarang ni pekerja sedang memasang Siling Lepa. Nak pilih corak ni pun satu hal, susah jugakkan. Nak pakai 'interior designer', tak mampu lah pulak, so sendiri lah jadi designer nya.

Semalam sibuk menanam pokok sekeliling kawasan rumah, dengan harapan bila pindah masuk nanti pokok semua dah besar dah rumah tidak terlalu panas.

Cerita ketiga: Dua hari yang lepas, anak saudara sebelah suami meninggal di timpa kemalangan. Memang sedih betul, lebih-lebih lagi usianya baru 21 tahun. Aku doakan semoga Arwah Izzat Amir di cucuri rahmat hendaknya...Amin