Tuesday, March 09, 2010

Cerita


Yang berbaju hijau itu lah arwah Izzat Amir, yang kembali ke Rahmatullah dua hari lepas..al fatihah.
Sebenarnya banyak juga perkara yang hendak dimuatkan dalam blog ini, tapi disebabkan kesibukan dan kemalasan, menjadikan blog ini tak dikemas kini agak lama.

Cerita pertama: Kisah di sekolah, macam-macam aktiviti berjalan. Paling menyebabkan kesibukan ialah ujian Kurikulum satu baru saja habis. Selaku penyelaras peperiksaan, agak sibuk lah juga 'plus' buat-buat sibuk ...hehe. Nak kena kejar cikgu-cikgu yang lambat 'key in' markah. Sebab aku kena buat analisa, kalau lambat hantar, Pengetua 'bising'. Jadi, sebelum pengetua 'bising', aku kena lah 'bising-bising dulu... haha

Cerita kedua: Rumah masih dalam proses. Selepas Raya Cina ni 'progress' agak 'slow'. Sekarang ni pekerja sedang memasang Siling Lepa. Nak pilih corak ni pun satu hal, susah jugakkan. Nak pakai 'interior designer', tak mampu lah pulak, so sendiri lah jadi designer nya.

Semalam sibuk menanam pokok sekeliling kawasan rumah, dengan harapan bila pindah masuk nanti pokok semua dah besar dah rumah tidak terlalu panas.

Cerita ketiga: Dua hari yang lepas, anak saudara sebelah suami meninggal di timpa kemalangan. Memang sedih betul, lebih-lebih lagi usianya baru 21 tahun. Aku doakan semoga Arwah Izzat Amir di cucuri rahmat hendaknya...Amin

5 comments:

Siti Rohana said...

innalillah...semoga roh arwah dicucuri rahmat...dan Allah ampunkan segala dosa nya...Allah permudahkan lah urusanya di sana...Amin...

Suzana Abd Manan said...

Thanks Siti, mudah-mudahan begitu lah hendaknya.

Mrs. Ishamizu said...

Takziah KZana. Smg Allah mencucuri rahmat kets rohnya dn menempatkannya dikalangan org2 yg beriman..Amin.

Suzana Abd Manan said...

Begitulah yang kita harapkan Izu, semoga dia tergolong dalam kalangan org2 yg beriman..amin

nieja said...

takziah.
al fatihah