Showing posts with label Sibuk. Show all posts
Showing posts with label Sibuk. Show all posts

Saturday, August 06, 2011

Setahun

Buah rambutan hasil dari kebun

Cerita 1: Bulan Ramadhan ini sudah genap aku sekeluarga berpindah di rumah ini. Tahun lepas aku mula berpindah dua hari sebelum Ramadhan tiba. Jadi Ramadhan tahun lepas, masih sibuk mengemas rumah sehingga lah Aidilfitri menjelma baru habis mengemasnya. Bulan Ramadhan tahun ini kami berazam untuk membanyakkan ibadat. Alhamdulillah..sepanjang ramadhan ini dapat lah kami sekeluarga bertarawikh di Masjid Kg Payamas yang tidak berapa jauh dari rumah. Ramadhan kali ini, tak semua anak-anak ada di rumah, Atul berpuasa di Uni cuma yang baiknya setiap minggu boleh balik sebab tak jauh. Menu berbuka pula tidak susah sangat, aku akan masak dua jenis masakan. Satu makanan ringan (seperti mee goreng, kueh teow, atau bihoon) dan satu jenis lauk sahaja manakala kuih-kuih akan dibeli di Bazar Ramadhan.


Cerita 2: Cerita pasal kucing. Dalam post yang lepas aku ada menceritakan tentang jumlah kucing yang sudah mencecah 11 ekor. Sekarang ini populasinya sudah bertambah menjadi 16 ekor...Hemmm... banyak sungguh kan. Sekarang ini ada dua ekor kucing yang baru beranak. Jumlah yang banyak ini kadang-kadang memeningkan juga. Mujurlah kucing-kucing ini tidak masuk dalam rumah. Mereka hanya bermain di luar sahaja. Tapi masalahnya, kucing-kucing ini gemar tidur di bawah kereta... Bimbang peristiwa tahun lepas yang aku ter...lenyek anak kucing berulang...eee..ngeri bila difikirkan. Jadi setiap kali hendak mengeluar kan kereta terpaksa, 'double check' bawah kereta untuk memastikan semuanya 'clear' baru boleh mengundur kereta.


Cerita 3: Lanscape yang dicadang, 'progress' nya agak perlahan. Ini semua disebabkan kesibukan suami dengan tugas-tugasnya. Mega projek yang hendak dibuat iaitu kolam ikan hiasan tertangguh. Lubang untuk kolam sudah digali beberapa bulan yang lalu. 'Pond liner' yang dibeli dari UK sudah sampai dua hari yang lepas. Cumanya, untuk mengumpulkan batu-batu sungai saja belum dapat lagi. Mungkin untuk disiapkan sebelum Aidilfitri ini sangat tipis, memandangkan sekarang ini kerap hujan turun dengan lebat ditambah pula dengan bulan puasa. Hemmm...mungkin ada keajaiban yang membolehkan kolam ikan ini siap sebelum Aidilfitri...'mungkin'??...

Wednesday, January 19, 2011

Sekolah


Maaf kerana sibuk akhir-akhir ini setelah sekolah di buka semula. Seperti biasa pagi ke sekolah dan sebelah petang sibuk dengan kokurikulumnya. Dua-dua imam pula sebelah petang akan dihantar mengaji di rumah ustaz di masjid Tangkak. Ini adalah gambar hari pertama ke sekolah. Bariyah sudah ke tingkatan lima dan bakal menduduki SPM, akhir tahun ini, manakala Imam sudah ke tingkatan tiga dan bakal menduduki PMR. Hambaly pula, sudah masuk ke tingkatan 1 tahun ini. Jadi semua anak-anak sudah tiada yang bersekolah rendah lagi. Manakala Atul, duduk di rumah menunggu keputusan SPM, sambil belajar-belajar masak....huhu

Tuesday, March 09, 2010

Cerita


Yang berbaju hijau itu lah arwah Izzat Amir, yang kembali ke Rahmatullah dua hari lepas..al fatihah.
Sebenarnya banyak juga perkara yang hendak dimuatkan dalam blog ini, tapi disebabkan kesibukan dan kemalasan, menjadikan blog ini tak dikemas kini agak lama.

Cerita pertama: Kisah di sekolah, macam-macam aktiviti berjalan. Paling menyebabkan kesibukan ialah ujian Kurikulum satu baru saja habis. Selaku penyelaras peperiksaan, agak sibuk lah juga 'plus' buat-buat sibuk ...hehe. Nak kena kejar cikgu-cikgu yang lambat 'key in' markah. Sebab aku kena buat analisa, kalau lambat hantar, Pengetua 'bising'. Jadi, sebelum pengetua 'bising', aku kena lah 'bising-bising dulu... haha

Cerita kedua: Rumah masih dalam proses. Selepas Raya Cina ni 'progress' agak 'slow'. Sekarang ni pekerja sedang memasang Siling Lepa. Nak pilih corak ni pun satu hal, susah jugakkan. Nak pakai 'interior designer', tak mampu lah pulak, so sendiri lah jadi designer nya.

Semalam sibuk menanam pokok sekeliling kawasan rumah, dengan harapan bila pindah masuk nanti pokok semua dah besar dah rumah tidak terlalu panas.

Cerita ketiga: Dua hari yang lepas, anak saudara sebelah suami meninggal di timpa kemalangan. Memang sedih betul, lebih-lebih lagi usianya baru 21 tahun. Aku doakan semoga Arwah Izzat Amir di cucuri rahmat hendaknya...Amin

Wednesday, February 10, 2010

Olahraga

Atul dalam acara 1500m..

Acara olahraga di sekolah sudah bermula sejak awal minggu lagi. Memang banyak masa aku dan kawan-kawan di habiskan di padang berbanding di kelas. Apa yang 'best' nya kalau di padang, kita boleh lompat-lompat dan jerit-jerit tanpa orang kata kita gila...hehe. Kadang-kadang dengan lompat-lompat dan jerit-jerit sama anak-anak di padang boleh hilangkan 'stress'... betul ke?? Tapi ramai kawan-kawan sependapat dengan aku.

Anakku Atul terlibat dengan acara lari 1500 meter. Anak yang masuk lari, emak yang rasa penat sebab habis suara jerit-jerit...ish..ish.. Akupun kalau lari sejauh ini mesti pancit punya.. huhu. Walaupun tidak dapat tempat, namun aku tabik lah atas kegigihan Atul menghabiskan larian dengan penuh semangat..."bagus Atul!!"

Ini ada gambar di sekitar kejohanan acara terdahulu yang sempat diambil.


Macam-macam cara untuk mengelak dari cahaya matahari yang terik

Wednesday, November 18, 2009

Sibuk 'Bangat'

Ini gambar kawan-kawan ketika mengikuti kursus di Kolej Komuniti baru-baru ini. Hasliza, Naimah dan Ujie

Sejak akhir-akhir persekolahan ini, aku sangat sibuk. Banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum sekolah bercuti panjang...(yeahh...) Sejak dua minggu kebelakangan ada sahaja aktiviti yang dijalankan pada hari Sabtu. Antaranya kursus profesionalisme, Hari Q, Kursus Pengurusan Fail, Mesyuarat Panitia dan Mesyuarat Akhir Guru. Banyak perkara perlu dibereskan. Membuat analisa untuk peperiksaan akhir tahun, menyediakan minit mesyuarat, dan banyak lagi lah... walaubagaimanapun aktiviti 'pot luck' di sekolah tetap diteruskan. Huhh... aktiviti ini lah yang menyebabkan berat badan bertambah-tambah...(mmm... ini tak boleh jadi kena diet jugak ni..huhu) Dalam pada sibuk dengan kerja-kerja itu, aku sibuk pula memberi tips-tips terakhir untuk anak-anak murid yang bakal menduduki SPM. Budak-budak tu perlu diberi bimbingan sehingga saat-saat hendak masuk ke dewan peperiksaan. Mudah-mudahan mereka semuanya berjaya... insyallah.

Friday, September 11, 2009

Sibuk

Kesibukan 'melampau', menghalang untuk aku berblog. Sibuk dengan menanda kertas ujian dan kertas Peperiksaan Percubaan SPM , mengemas rumah, memasak dan kesibukkan membaca buku cerita..(sempat lagi tu...hehe), hingga lupa untuk meng'update' blog ini. Semua markah perlu di 'key in' sebelum cuti hari raya...adieh!! (sempat ke nie??).

Jadi post kali ini cuma hendak memasukkan gambar hadiah hari raya yang di terima suami dari 'student'2 dia...(ish...jealous nie..keh..keh). Hadiahnya memang menarik, iaitu 3 kotak kuih raya dalam bakul yang comel berserta dengan kad ucapan Hari Raya yang ada tanda tangan semua 'student'nya itu. Kalau sempat akan dipost gambar 'casa impian'ku yang sudah naik tiang... tunggu ye..:)

Sunday, February 08, 2009

Sibuk


Minggu ini aku memang sibuk. Pagi bersekolah seperti biasa dan petangnya menjadi hakim untuk sukan acara terdahulu di padang. Kulit pun bertambah gelap nampaknya...hehe. Sudah lama tidak berjemur di tengah padang dengan matahari yang terik menyebabkan kulit cepat gelap.

Manakala pada hari Jumaat, setelah tamat persekolahan, bergegas ke Port Dickson untuk menjemput Mizi dari Politeknik. Minggu ini merupakan cuti yang agak panjang sempena Thaipusam. Dari PD terus pula ke Shah Alam, untuk mengambil barang yang dikirim dengan kawan yang pulang untuk "Data Collection". Bertemu pula dengan sahabat lama yang pulang dua tahun lepas dari Coventry.

Semalam juga sibuk kerana melayan tetamu yang datang. Kehadiran mereka memang menyeronokkan. Aku sempat menjamu mereka dengan 'Pulut Durian' dan 'Mini Chicken Pie' Walau sibuk macamanapun, aku tetap gembira menyambut kehadiran mereka..sudi-sudikan datang lagi ye...

Friday, January 16, 2009

Kontena Sudah Sampai

Lama sungguh tak update blog ni. Memang sangat sibuk sekarang ni. Sekolah dah mula buka, bermakna aku dah mula mengajar!!. Anak-anak dah mula bersekolah. Semuanya agak kelam kabut sikit sebab kebetulan kontena sampai 2 hari sebelum sekolah buka. Sibuk mengemas kotak lagi, menguruskan sekolah anak-anak, dan macam-macam perkara yang perlu di urus. Masa tu kereta pula cuma ada satu saja, jadi banyak juga perkara yang aku urus dengan berbasikal saja, misalnya untuk buat kad pengenalan Bariyah dan Imam hari tu, mujur juga pejabat pendaftar tak berapa jauh dari rumah. Internet pula, baru semalam di pasang. Hari ni lah baru ada kesempatan duduk untuk mengupdate blog. tapi sorry tak ada gambar. Tak sempat pun nak upload gambar. Nak ambil gambarpun tak sempat. Semuanya agak 'Stress' di sini.

Dua hari yang lepas, kereta yang pertama berjaya di bawa pulang. Kereta kedua masih di 'port' sampai bula depan. Kalau ambil bulan depan dapat jimat RM3000. Elok juga di tunggu, bukan lama sangat pun. Jadi, sekarang dah ada dua kereta, mudah sikit untuk bergerak. Hari ni saja dapat bereskan tiga perkara. Ambil kad pengenalan Iyah, bayar cukai pintu dan beli songkok untuk kedua-dua Imam.

Rasa nya cukup dulu untuk hari ini. Nak sambung mengemas, dan masih terus mengemas...hehe

Thursday, November 27, 2008

'Loading'





Hari ini merupakan hari memunggah barang ke kontena. Selepas subuh lagi aku dah sibuk ke dapur untuk memasak. Kontena datang tepat jam 9.00 pagi. Kerja-kerja me'loading' barang bermula dengan bantuan warga Malaysia di Coventry ini. Rumah yang sebelum ini sempit sekarang ini sudah luas dan lapang. Lega rasanya setelah kerja-kerja memunggah barang selesai jam 12.00 tengah hari. Baryani 'Suzana' jadi hidangan kawan-kawan yang datang membantu. Syukur kerana segalanya berjalan dengan lancar. Lepas ni ada satu lagi kontena untuk me'loading' kereta pula.

Saturday, November 22, 2008

'Wraping'



Minggu lepas kerja-kerja me'wraping' perabot dimulakan. Kerja-kerja ini dibuat sekeluarga. Memang kami bergotong royong membungkus perabot-perabot yang hendak di bawa balik nanti takut calar ataupun rosak ketika dibawa ke kontena nanti. Ruang tamu dah semakin sesak dengan perabot yang dibungkus dan juga kotak-kotak. Selain itu kami juga akan membawa balik mesin basuh dan 'freezer'. Semuanya perlu di 'wrap'. Kami hanya ada empat hari saja lagi sebelum semua barang akan diangkut ke kontena. Mmm..apa lagi yang nak dibungkus ye??...

Wednesday, November 12, 2008

'Packing'


Lama tidak meng'update' blog ini. Sibuk?? mmm... memang sibuk juga. Masih bekerja seperti biasa dan ini merupakan bulan terakhir. Banyak barang yang belum 'pack' lagi. Kadang-kadang susah juga nak 'pack' barang ni. Ambil masa juga, sebab kalau barang-barang kaca, terpaksa bungkus betul-betul, takut pecah.. Anak-anak bantu juga, tapi yang kaca biasanya aku 'pack' sendiri. Keadaan rumah dah semakin sempit, penuh dengan kotak-kotak dan hampir cecah bumbung... hehe. Banyak juga tu... Oklah nak 'packing' baju pula hari ini.