Monday, July 26, 2010

Balik Kampung Coventry II



Hari Kedua di Coventry merupakan hari yang di tunggu-tunggu. Tujuan ke Coventry kali ini kerana hendak menghadiri konvokesyen suami di Universiti tersebut. Pagi-pagi lagi kami sudah bersiap. Mujur juga Universiti terletak tidak jauh dari hotel...hanya beberapa tapak saja sudah sampai. Acara penganugerahan di adakan di Dewan Cathedral (gereja tua yang di bina pada tahun 1043 yang pernah di bom oleh German satu masa dulu). Majlis bermula pada pukul 11 pagi dan tamat pada jam 12 tengahari. Majlisnya agak ringkas jika dibandingkan dengan majlis konvokesyen suami di Malaysia sebelum ini. Ini merupakan pengalaman yang berharga bagi ku kerana dapat menghadiri majlis konvokesyen suami di negara orang.

Ini dia gambar-gambar di sekitar konvokesyen tersebut.

Sunday, July 25, 2010

Balik Kampung Coventry I

Kereta peugeot yang comel ini menjadi kereta sementara di Coventry (kalau dapat bawak balik best juga ni...hehe)

Post kali ini bukan hendak bercerita pasal balik ke kampung halaman sebenar di Malaysia, kali ini aku hendak bercerita tentang pengalamanku 'balik ke kampung' Coventry pada minggu lepas. Perjalanan yang memakan masa selama 12 jam telah membawa aku dan suami pulang semula ke 'kampung' Coventry. Ini merupakan kali pertama menaiki pesawat 'Airasia', kerana sebelum ini aku sekeluarga menaiki MAS ( maklum lah sebelum ini di taja...hehe) tapi untuk kali ini semua kena tanggung sendiri, jadi kena carilah flight yang murah.

Sesampai di Stensed London, aku menyewa kereta untuk ke Coventry. Nasib baik Encik 'Tomtom' ada, jadi perjalanan sangat lancar juga. Malam pertama bermalam di rumah X jiran masa di Churchill Avenue dulu. Seronok berjumpa D dan anak-anaknya, layanan kelas pertama yang di beri sungguh tidak terbalas rasanya. Rindu sungguh dengan kawan-kawan di Coventry terubat jua bila keesokkan harinya Abang Fuad dan Yati datang menjenguk. Selesai bersarapan dengan nasi goreng dan cucur udang D yang istimewa, aku dan suami berangkat ke hotel yang kami tempah di Tengah-tengah bandar Coventry. Sewa hotel ini tidak lah mahal sangat iaitu 87 pound untuk 5 hari. Kalau nak dapat semurah ini, kena lah tempah awal..

Tuesday, July 13, 2010

Cuci


Gambar dalam rumah sebelum dicuci

Kerja-kerja mencuci rumah baru sudah dimulakan hujung minggu lepas. Semua anak-anak (kecuali Mizi yang masih di Poli PD) bergotong royong mencuci rumah impian kami itu. Masing-masing mencuci bilik masing-masing, walaupun tidak sebersih mana pun, tetapi yang penting mereka harus menyumbang keringat untuk rumah yang bakal mereka duduk nanti. Kerja-kerja mencuci tidak habis satu hari, terpaksa disambung pada hari-hari berikutnya. Hari ini, kerja mencuci dibuat pada malam hari, akibat kesibukan di siang harinya. Alhamdulillah...akhirnya rumah ini hampir siap juga setelah hampir setahun pembinaan. Insyallah setelah grill dipasang, kami sekeluarga akan berpindah di sini...