Thursday, September 24, 2009

Raya 2009

Raya tahun ini meriah juga. Ini merupakan kali pertama beraya di Malaysia selepas balik dari UK. Ini juga kali pertama beraya di rumah Sialang 3 ini. Pagi raya agak sibuk, terutama menyiapkan juadah sebelum kami sekeluarga bersolat sunat aidilfitri di masjid Tangkak. Selepas acara bersalam-salaman, barulah kami ke rumah ibu mertua yang tidak berapa jauh dari rumah kami. Selepas itu kami pergi menziarahi kubur abah dan bapa mertua, sebelum pergi pula beraya ke rumah saudara mara yang dekat-dekat sini. Manakala pada sebelah petang ramai pula saudara mara yang datang ke rumah kami sehingga ke malam. Anak-anak seronok dapat duit raya, sebab masa raya di UK dulu tak ada duit raya.. hehe

Sukanya dia dapat duit raya..hehe

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri

Hari raya hanya tinggal beberapa hari saja lagi, jadi di kesempatan ini, aku sekeluarga ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua rakan-rakan dan saudara mara yang sudi berkunjung ke blog ini. Aku sekeluarga juga menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap.

Hari Raya kali ini, aku sekeluarga sudah berada di kampung tercinta, jadi tak perlulah "balik kampung" lagi. Setelah tiga tahun beraya di rantau, kali ini insyallah kami akan beraya di Malaysia, walaupun sudah tiada ayah dan bonda yang telah pulang ke rahmatullah. Dapat jugalah nanti, insyallah aku ke pusara mereka.

Saturday, September 12, 2009

Kebun


Anakku yang bongsu, Imam Hambaly, sangat suka berkebun. Dia ada menanam cili, terung dan jagung di kawasan rumah. Hari-hari dia akan siram pokok-pokok tersebut. Cili yang dia tanam sudahpun menghasilkan buahnya. Sekarang ni terungnya pula sudah berbuah. Bukan main seronoknya dia. Jadi aku ambil kesempatan ini untuk memasukkan gambar-gambar hasil tanaman anakku ini di sini. Mesti dia seronok..:)

Friday, September 11, 2009

Sibuk

Kesibukan 'melampau', menghalang untuk aku berblog. Sibuk dengan menanda kertas ujian dan kertas Peperiksaan Percubaan SPM , mengemas rumah, memasak dan kesibukkan membaca buku cerita..(sempat lagi tu...hehe), hingga lupa untuk meng'update' blog ini. Semua markah perlu di 'key in' sebelum cuti hari raya...adieh!! (sempat ke nie??).

Jadi post kali ini cuma hendak memasukkan gambar hadiah hari raya yang di terima suami dari 'student'2 dia...(ish...jealous nie..keh..keh). Hadiahnya memang menarik, iaitu 3 kotak kuih raya dalam bakul yang comel berserta dengan kad ucapan Hari Raya yang ada tanda tangan semua 'student'nya itu. Kalau sempat akan dipost gambar 'casa impian'ku yang sudah naik tiang... tunggu ye..:)