Wednesday, January 19, 2011

Sekolah


Maaf kerana sibuk akhir-akhir ini setelah sekolah di buka semula. Seperti biasa pagi ke sekolah dan sebelah petang sibuk dengan kokurikulumnya. Dua-dua imam pula sebelah petang akan dihantar mengaji di rumah ustaz di masjid Tangkak. Ini adalah gambar hari pertama ke sekolah. Bariyah sudah ke tingkatan lima dan bakal menduduki SPM, akhir tahun ini, manakala Imam sudah ke tingkatan tiga dan bakal menduduki PMR. Hambaly pula, sudah masuk ke tingkatan 1 tahun ini. Jadi semua anak-anak sudah tiada yang bersekolah rendah lagi. Manakala Atul, duduk di rumah menunggu keputusan SPM, sambil belajar-belajar masak....huhu

2 comments:

ishamizu said...

Comel Bariyah, tk mcm bdk form 5..mcm mak dia jgk comel..hehe..

Slmt mendidik kZana..wah Atul dh bljr msk? mst terer ni nti, malu izu..:D

Suzana Abd Manan said...

Thanks izu, sejak atul ada rumah nie, kerja2 rumah semua dia buat, alhamdulillah, balik sekolah hilang penat bila dia dah siap kemas dan masak... insyallah giliran izu pun akan sampai jugak bila zahin dah besar nanti..