Monday, July 07, 2008

Hari Jadi Hambaly ke 10



24 Jun, yang lalu merupakan hari lahir Imam Hambaly anakku yang bongsu. Pada hari itu juga Mizi tamat peperiksaan GCSEnya. Jadi tiada apa yang sempatku buat pada hari itu, kerana aku bekerja sampai jam 6.00 petang. Jadi aku berjanji untuk menyambutnya pada hari Sabtu di 'Zeenat Restoren'. Pada hakikatnya aku masih tidak berapa seronok untuk menyambutnya. Cuma aku teringat kembali 10 tahun yang lalu aku melahirkan anak ini di Hospital Ampang Puteri di Selangor. Pada masa itu aku tinggal di Danau Kota, Kuala Lumpur. Sepuluh tahun sudah berlalu terasa begitu pantas. Rumahku pada masa itu macam 'nursery', kerana anak-anakku semua masih kecil. Kehadiran anak kelima ini memeriahkan lagi suasana rumah. Kalau tak percaya tengok saja gambar ini.

2 comments:

Anonymous said...

Salam..,

Seronoknya melihat ramai-ramai kanak-kanak.. rezeki dari Allah..

Selamat Hari Lahir utk Hambaly, 24 Jun, sama seperti saya.

Suzana Abd Manan said...

Selamat hari lahir juga buat rajiah.