Monday, December 01, 2008

Kontena lagi

Sebuah lagi kontena tiba di hadapan rumah di awal pagi. Kali ini untuk mengangkut kereta pula. Kerja-kerja memasukkan kereta-kereta ini ke dalam kontena, bukan mudah. Sebuah trak pengangkut kereta diperlukan. Dalam cuaca yang mencecah -2 darjah menyebabkan aku kesejukkan di luar rumah. Tapi oleh kerana ingin melihat sendiri bagaimana kerja-kerja memasukkan kereta ini di jalankan menyebabkan aku memakai baju tebal dan merakamkan setiap detik bagaimana kedua buah kereta itu berjaya di masukkan. Di sini ada beberapa gambar yang sempat di poskan untuk kawan-kawan. Untuk dua hari ini aku tidak mempunyai kereta...huhu

1 comment:

sarahjiha said...

Alamak.. lama tak datang sini, tau-tau akan dah balik.. selamat kembali ke tanah air kak.. sempatla beraya Edul Adha di Tangkak..contact-contactla bila dah sampai...