Saturday, April 24, 2010

Pindah


Tajuk entry kali ini sebenarnya tiada kaitan dengan hendak pindah rumah. Ceritanya hanyalah kisah pindah bilik guru pada hari semalam. Bangunan baru di SMK Ledang telahpun siap sepenuhnya. Jadi guru-guru diarahkan berpindah ke bilik guru baru yang terletak di bangunan baru itu. Pengetua menyuruh bilik guru lama di kosongkan. Oleh itu semalam kerja-kerja memindahkan meja dan kerusi serta harta benda guru-guru bermula... macam pesta lah pulak...hehe. Budak-budak memang suka tolong cikgu sebab tak payah belajar. Masing-masing sibuk menawarkan pertolongan nak bantu cikgu-cikgu 'kesayangan' masing-masing berpindah. Bestnya bila dapat bilik guru baru ni 'it's fully aircon'... wah!! first time dapat bilik guru yang ber'aircon'.

*Maaflah kerana sudah lama tidak meng'update' blog ini. Ini semua gara-gara laptopku di 'reformat' semula kerana ianya di serang sang virus-virus yang tidak di ketahui dari mana. Jadi banyaklah gambar-gambar yang terhilang dan ter'delete'....huhu. Maaf sekali lagi sebab tiada banyak gambar di entry kali ini... ini semua kerana puas di 'upload' gambar tapi masih tak mucul-muncul...(boring!!!)

2 comments:

Mrs. Ishamizu said...

Tu la igt kn pndh rumah td..excited dh nk baca tau. he he he..pndi akk suspen eh!:D

Nway, pdh ofis pn syok jgk tu..ada aircond lg! cayalah!:)

Suzana Abd Manan said...

Belum pindah lagi izu, banyak lagi yg belum siap. Nanti kalau pindah rumah akak masukkan dalam entry.. thanks izu sebab rajin baca blog akak.:)