Monday, July 26, 2010

Balik Kampung Coventry II



Hari Kedua di Coventry merupakan hari yang di tunggu-tunggu. Tujuan ke Coventry kali ini kerana hendak menghadiri konvokesyen suami di Universiti tersebut. Pagi-pagi lagi kami sudah bersiap. Mujur juga Universiti terletak tidak jauh dari hotel...hanya beberapa tapak saja sudah sampai. Acara penganugerahan di adakan di Dewan Cathedral (gereja tua yang di bina pada tahun 1043 yang pernah di bom oleh German satu masa dulu). Majlis bermula pada pukul 11 pagi dan tamat pada jam 12 tengahari. Majlisnya agak ringkas jika dibandingkan dengan majlis konvokesyen suami di Malaysia sebelum ini. Ini merupakan pengalaman yang berharga bagi ku kerana dapat menghadiri majlis konvokesyen suami di negara orang.

Ini dia gambar-gambar di sekitar konvokesyen tersebut.

8 comments:

Iman's Umi said...

Dri kul 11 smpi 12 je...wah bgsnya cepat, xdela bosan & kepanasan dlm jubah tu cm kita kt M'sia kn?

Suzana Abd Manan said...

Betul tu, kat sana betul2 tepati masa. Ucapan dari Lord Mayor pun pendek dan padat tak meleret2 macam kat sini..

Iman's Umi said...

Ha'a btl juga, sbnrnya sy trpk2 sapela yg rajin sgt nk dgr ucapan meleret2, org nk genggam ijazah je...ms sekolah dlu pn klu time assembly nk cpt2 abes tp cikgu yg syok dpt mic x abes2 berpot pet.

Suzana Abd Manan said...

haha...betul tu, umi. Kalu ucapan meleret2 org tak nak dengar pun...hehe memang ramai cikgu yg syok sendiri bila dapat mic.:)

Mrs. Ishamizu said...

congrats again,.eei rindunye kt Coventry. hihi..

Suzana Abd Manan said...

Thanks Izu, rasa macam balik kg sendiri jer izu, sebab ramai kawan2 kat sana kita dah kenal. Sampai tokeh kedai yg kat depan rumah akak tu pun dah macam sedara...heheh

Mrs. Ishamizu said...

ye ke..hehe..izu pn tetiba rindu plak ngan nasi beriyani kedai Amala kt hjg jln antara umah ktrg tu, Leicester Causway ngan Stoney Stanton..mkn kt Zeenat pn best..klu gi sana lg tah derg igt lg ke tak muka loyal customer derg ni..heheh..

Rindu jgk kedai ayam Medina kt Follshill tu..kekeke..

Suzana Abd Manan said...

akak hari tu sempat lagi ke Zeenat makan nasi baryani ayam ngan air manggo lassi dia yg sedap tu, kdai ayam medina tak sempat nak pergi pulak...ingat tak mamat pakistan yg boleh cakap melayu tu..hehe