Sebaik saja selesai acara 'Malaysian Tradisional Game', pada sebelah petangnya, aku dan suami ke MRC kerana MCS ada menganjurkan satu majlis ilmu bersama Profesor Dr Sidek Baba. Beliau merupakan 'cikgu' ku ketika di UIA dahulu. Banyak perkara yang Prof sentuh dari kisah kenaikan harga minyak sehinggalah kepada survival umat Melayu. Setelah selesai majlis, kami berjumpa Prof dan isteri secara peribadi dan banyak nasihat dan amanat yang di beri terutama dalam mendidik anak-anak. Terima kasih 'cikgu', atas amanat itu, insyallah berjumpa lagi kita hendaknya.
Monday, June 23, 2008
Sunday, June 22, 2008
Malaysian Tradisional Games
Setelahku kesat air mata ini, aku gagahkan juga diri ini untuk menyertai 'Malaysian Tradisional Games' yang berlangsung di The Hillfields Village Square. Hidup harus di teruskan, betul tak?. Dalam acara ini anak-anakku terlibat dengan acara kompang, gasing, teng-teng dan sepak raga bulatan.
Kami kelewatan sedikit kerana tersilap tengok masa persembahan. Walaupun hari hujan, namun persembahan hari itu agak lancar juga. Kehadiran warga Malaysia di tapak itu agak menggalakkan. Allhamdulillah tujuan untuk memperkenalkan permainan tradisional Malaysia tercapai. Ramai juga masyarakat tempatan yang hadir menyaksikan acara tersebut. Untuk acara kompang, radio coventry ada mempelawa kami untuk membuat persembahan di sana pada minggu hadapan. Wah masuk radio pulak...haha. Satu peluang yang baik tu.
Syabas pada Kak Raja kerana berjaya mengumpulkan sebahagian warga Malaysia di Coventry untuk acara itu. Ini merupakan peluang baik untuk anak-anak Malaysia di sini mengenali permainan tradisi mereka, tidaklah asyik bermain 'X box, play station', dan yang seumpamanya itu. Apa yang nyata anak-anakku sangat gembira pada hari itu, setelah melalui kesedihan yang amat sangat dua hari yang lepas.
Saturday, June 21, 2008
Gambar Terakhir

Ini merupakan gambar terakhir mak sebelum kembali kepada yang Esa. Ketika ini arwah berada di Hospital. Di kiri dan kanan arwah adalah adik kesayangan Abd Muluk dan Rosdan. Terima kasih kepada suami, anak-anak, adik-adik, abangku, kakak, saudara mara dan kawan-kawan yang memberiku semangat untuk terus tabah. Gambar ini merupakan memori terakhir mak untuk kenangan kita bersama. Terimakasih semua..
Wednesday, June 18, 2008
Al Fatihah Buat Mak
Saturday, June 07, 2008
BBQ Tahunan 'Malaysian Coventry Society'
Acara BBQ musim panas di ada kan setiap tahun. Tahun ini ia di adakan semalam di Drycote Water Country Park tidak jauh dari Carboot Dunchurch. Oleh itu sebelum ke sana, kami telah membeli belah terlebih dahulu di carboot. Ramailah kawan-kawan yang sama-sama memborong barang-barang di sana. Selepas itu barulah kami bertolak ke Drycote Water Park. Tempatnya memang untuk acara BBQ. Menu juga sangat enak di antaranya satay, mee hoon goreng, kuih muih, ayam, kambing dan sausage bakar. Selain itu ada acara sukaneka untuk anak-anak yang dikendalikan oleh Kak Raja. Menu kali ini juga sungguh lazat dan cuaca juga agak baik, cuma hujan renyai turun bila acara hampir selesai. Keseluruhannya tahniah buat pengajur BBQ kali ini. Anak-anak cukup gembira pada hari itu..
Monday, June 02, 2008
Makan Malam di 'Seetar Tandoori'
Malam Ahad lepas, semua pekerja 'Little Angle Day Nursery' makan malam bersama di Restoran Seetar Tandoori, milik kawanku Sahnara. Dia belanja kami semua makan di Restorannya kerana dia baru lulus 'NVQ Level 3'. Restoran yang terletak di Kenilworth itu sangat exklusif. Pada malam itu, kami mendapat layanan istimewa sekali. Sambil menunggu makanan, kami di dendangkan oleh pemain seetar yang sungguh berbakat. Yang seronoknya, dia sempat mainkan lagu 'Rasa Sayang Heh' sambil memetik seetarnya. Oleh kerana kami terdiri dari pelagai kaum, dia menyanyikan setiap lagu mewakili kami. Antaranya lagu dalam bahasa suheli , panjabi, gujerati, arab dan bahasa Melayu. Makanan pada malam itu juga sangat enak. Kami semua makan sampai kenyang, sebelum pulang ke rumah. Akhir sekali terima kasih kepada Sahnara kerana belanja kami makan pada malam itu.
Sunday, May 25, 2008
Aktiviti Hari Sabtu di Sekolah Hidayah
Thursday, May 22, 2008
'Uniform' baru

Sejak hari jumaat lepas semua pekerja 'Little Angle Day Nursery' dikehendaki memakai 'Uniform'. Ini lah dia 'uniform' baru tu, ada setengah kata macam 'uniform' 'mid wife' (bidan) di sini, cuma warnanya saja agak gelap. Menurut 'Manager' aku Rita, warna ni sesuai kerana tak nampak kotor. Bagi aku "apa-apa aje lah" , lagipun bukan nak kerja di sini selama-lamanya pun...hehe.
Sunday, May 18, 2008
Musim Bunga
Setelah rimas dengan cuaca sejuk beberapa bulan yang lepas, musim bunga yang di tunggu sudah tiba. Banyak bunga-bunga yang berkembang di sekeliling rumah. Pagi tadi kami sekeluarga ke Leamington untuk membeli belah di 'C J Carboot'. Hari ini 'booters' tidak seramai minggu lepas dan cuaca pula sekejap mendung , sekejap terang benderang. Tiada apa yang menarik untuk dibeli kali ini, cuma dapat membeli pasu-pasu seramik yang kecil untuk dijadikan koleksi. Selepas itu kami berkesempatan bergambar di sekitar kawasan yang di penuhi dengan bunga-bunga kuning yang namanya tidaklah diketahui...haha. Bunga yang berwarna kuning tu menjadi 'mangsa' tempat kami anak beranak ber'poseing'.
Wednesday, May 14, 2008
GCSE dan SAT
Saturday, April 26, 2008
Prince Charles Datang MRC
Hari Selasa yang lepas 'Prince of Wales' datang ke MRC untuk merasmikan projek NHS di situ. Sebelum kedatangan baginda, MRC bertukar wajah. Kerja-kerja pembersihan dan menaik taraf MRC di lakukan sejak seminggu yang lalu. Lantai dan cermin tiba-tiba berkilat. Dewan tiba-tiba 'fully carpet' hehe...dia orang ni pun hipokrit macam di Malaysia juga. Bila ada Sultan atau YB nak datang semua jadi serba baru dan cantik-cantik belaka. Ahh... bukankah kitapun belajar dari mereka juga. Pada pagi Selasa itu, MRC dipenuhi dengan anggota-anggota polis dan keselamatan. Anjing-anjing Polis di bawa masuk sampai ke Nursery untuk membuat pemeriksaan, kalau-kalau ada bahan letupan atau bom yang akan meledak sewaktu Putera tua itu datang nanti. Yang paling kelakar, sampai atas bumbung MRC pun mereka periksa. Kami yang di dalam 'Nursery' seperi dalam tahanan. Tidak dibenarkan keluar!! #$@***%$ ee...geram betul. Baru berangan-anggan nak bergambar dengan 'ex mendiang Puteri Diana' yang popular tu. Jadi masa baginda datang aku berhelah konon-konon nak ke Pejabat, untuk ambil susu. Tapi kena di soal siasat macam penjenayah pulak he...gerammnya. Akhirnya kami hanya dapat lihat kelibat suami Camilea tu dari cermin pintu 'Nursery'. Kawan-kawan lain semua geram. Semua rasa macam tidak adil sebab Prince Charles datang, pekerja yang ada di situ tidak di benarkan pun berjumpa dengannya. Yang dapat jumpa cuma orang-orang 'atasan', seperti Rita dan Faraheen ( Masing-masing macam tak sedar diri bila dapat bersalam dengan putera sulung Queen Elezabeth II tu ) "Ohh Suzan, It's like a dream, Prince Charles shake my hands.. oh.." kelakar...kelakar. Esok hari keluar muka Putera tu di muka depan akhbar. Konon-kononnya putera yang berjiwa rakyat, sanggup bersalam dengan orang-orang yang menunggu baginda di luar pagar. Gambar-gambar orang-orang 'atasan' yang di dalam dewan, tak keluar pun di akhbar. 'Sure' bengag betul masing-masing yang bergaya sakan pada hari itu, termasuklah bos aku.. hehe.
Friday, April 04, 2008
Manchester United Football Club


Pada awal rancangan, kami hendak ke Cardiff, Selatan Wales. Tetapi memandangkan jarak perjalanan ke Cardiff memakan masa lebih kurang 4 jam,kami menukar rancangan di saat akhir. Anak-anak lebih suka kalau kami ke Mancester. Oleh itu kami mengambil keputusan ke Menchester saja sebelum pulang semula ke Coventry.
Kami bertolak dari Portmadog, Wales lebih kurang pukul 11 pagi. Perjalanan ke Manchester mengambil masa lebih kurang 2 jam 40 minit. Ketara perbezaan antara Wales dan England ialah dari segi seni bina bangunannya. Di Wales, rumah-rumahnya di bina dari batu-batu slate berwarna gelap. Manakala rumah-rumah di England bangunan nya dari batu-bata berwarna merah.
Kami terus ke 'Football Club'nya, di mana di situ terdapat kedai cenderamatanya. Setelah selesai membeli cenderamata, kami ke masuk ke Muzium MU dan di kenakan bayaran sebanyak 48 pound untuk kami sekeluarga. Kami juga berpeluang melawat ke dalam Stadium dengan di pandu oleh seorang pemandu pelancong. Anak-anak sungguh gembira sebab berpeluang melihat sendiri bagaimana seorang pemain MU bersiap sedia setiap perlawanan berlangsung. Semua mereka berpuas hati dengan pengalaman tersebut.
Kami bertolak dari Portmadog, Wales lebih kurang pukul 11 pagi. Perjalanan ke Manchester mengambil masa lebih kurang 2 jam 40 minit. Ketara perbezaan antara Wales dan England ialah dari segi seni bina bangunannya. Di Wales, rumah-rumahnya di bina dari batu-batu slate berwarna gelap. Manakala rumah-rumah di England bangunan nya dari batu-bata berwarna merah.
Kami terus ke 'Football Club'nya, di mana di situ terdapat kedai cenderamatanya. Setelah selesai membeli cenderamata, kami ke masuk ke Muzium MU dan di kenakan bayaran sebanyak 48 pound untuk kami sekeluarga. Kami juga berpeluang melawat ke dalam Stadium dengan di pandu oleh seorang pemandu pelancong. Anak-anak sungguh gembira sebab berpeluang melihat sendiri bagaimana seorang pemain MU bersiap sedia setiap perlawanan berlangsung. Semua mereka berpuas hati dengan pengalaman tersebut.
Thursday, April 03, 2008
Bercuti di Utara Wales (Cymru)
Pada cuti Easter 28 Mac, 2008 yang lepas kami sekeluarga, melancong ke Snowdonia Utara Wales. Kami menginap di Haven Holiday di Greenacers Caravan di Porthmadog, Wales. Pada hari pertama, hujan turun agak lebat diikuti dengan angin yang sangat kuat. Antara tempat-tempat yang kami lawati ialah Llanberis, Bala Lake dan Wollen Mill. Pemandangan di Snowdonia National Park sangat cantik, tak boleh diungkap dengan kata-kata. Itulah kebesaran Allah yang dapat kami hayati. Kami di sana selama tiga malam. Caravan yang di sewa juga agak selesa. Ada tiga bilik tidur dan boleh memuatkan 8 orang. Sebelum balik, kami sempat singggah di Mancester United Football Club.
Tuesday, March 25, 2008
Wednesday, February 20, 2008
Jalan-jalan di Newcastle
Sambutan Eid MCS di MRC
Hari Raya Aidil Adha
Emak Balik Malaysia
Monday, November 05, 2007
Friday, July 20, 2007
Thursday, April 12, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)







