Monday, October 13, 2008

Masih 'Mood' Raya


Walaupun sudah beberapa hari raya, warga Malaysia di Coventry ini masih dalam mood raya. Masih ada lagi rumah-rumah terbuka diadakan pada cuti hari minggu. Walaupun aku tidak membuat rumah terbuka secara rasmi, namun ramai juga tetamu yang hadir sepanjang hari raya yang lepas. Alhamdullilah, seronok sungguh dapat terima tetamu. Sempat juga menyediakan juadah-juadah yang serba ringkas untuk hidangan tetamu-tetamu yang datang. Antara mereka yang sudi menziarah kami sekeluarga di hari raya ini ialah, Fendi dan Ayu, Abang Fuad dan Kak Shidah sekeluarga, Kak Raja dan Salman sekeluarga, Rosman dan Ellyan sekeluarga, Kadijah dan anak-anak, Dr Wan dan Ustaz Hassan, Rashid dan Aida, Zikri dan Su bersama Balkish (orang baru), Fauzan dan Siti, Huda dan Hanif, Hanum dan Sazlinshah(dari Laborough), Khairy dan Mariana sekeluarga, Marjan dan Rosdi sekeluarga dan Dr. Fauziah dan Zainal sekeluarga.

2 comments:

ASZLIZAM BIN HAJI TOBARI said...

Salam...dan alhamdulillah...

Syabas buat warga Malaysia Melayu di Coventry, walaupun jauh dari bumi Malaysia namun kunjung mengunjungi di antara satu sama lain di bulan syawal ini diteruskan. Buat Suzana & family moga sukses selalu..

Suzana Abd Manan said...

terima kasih aszlizam. Begitulah org Melayu, tak kira di mana. Adat dan budaya tetap diamalkan.