Sunday, May 03, 2009

Menu


Malam tadi berkesempatan makan ikan bakar di Anjung Batu, Serkam. Tapi kali ini aku sekeluarga tidak berpuas hati dengan 'service' yang di beri oleh warung ikan bakar tersebut yang sebelum ini memang bagus. Mungkin kerana pengunjung pada malam tadi begitu ramai sehingga kakitangannya tidak cukup tangan. Makanan yang di 'oder' sampai lambat dan berperingkat-peringkat dan hendak menunggu makanan yang seterusnya sampai, anak-anak sudah hilang selera makan.

Jadi hari ini aku terpaksa memikirkan menu yang agak istimewa untuk keluarga. Nasi ayam menjadi pilihan. Setelah bertungkus lumus di dapur, inilah hasilnya. Petang nanti terpaksa bergegas ke PD pula untuk menghantar anak bujangku pulang ke asrama. Ini adalah cuti terakhirnya sebelum cuti semasternya nanti.

2 comments:

Mrs. Ishamizu said...

Oh akk salu mkn kt situ ehh, kmi dr dlu k t serkam gakk tp bkn yg anjung batu..yg sblom smpi umbai tu..tp kt crystal bay pon bley thn gakk.

sdpnye nasi ayam tu..bks dia pon chantek..;)

Suzana Abd Manan said...

To Izu: Akak memang selalu makan kat situ, sebelum ni memang ok jer service dia, tapi malam tu memang tak best betul. Nanti nak try kat crystal bay pulak.