Friday, December 04, 2009

Genap Setahun

Saat menjejakkan kaki di KLIA.. seronok tak terkata.

Di hadapan Transport Museum di Coventry, masa ni suhu mencecah -2 C
'Shopping sakan' di Coventry untuk kali terakhir..

Hari ini genaplah setahun kami sekeluarga menjejakkan kaki di bumi Malaysia, setelah tiga tahun di perantauan. Memang saat-saat manis tinggal di UK tetap terpahat dalam ingatan, terutamanya anak-anak. Mereka semua sudah besar dan dapat merasakan keseronokan bersekolah di sana. Kerinduan untuk kembali bersama-sama kawan-kawan memang ada, tapi apa kan daya bak kata orang 'Hujan batu di negeri sendiri lebih baik dari hujan emas di negeri orang'.

Kesejukkan di musim dingin membuatkan aku tidak sabar untuk pulang. Memang sejuk dan merimaskan kerana pergerakkan terbatas. Cukuplah tiga tahun sahaja, kalau lebih, mesti rasa nak balik sangat..hehe. Ini adalah diantara gambar-gambar terakhir yang di ambil ketika masih berada di Coventry dan saat-saat akhir kepulangan kami ke tanah air. Insyallah kalau ada rezeki, akan sampai juga kami ke sana lagi...

Bergambar dalam limosin dan bas merah ni
sehari sebelum pulang ke tanahair (first time in my life)


3 comments:

Mrs. Ishamizu said...

kenangan manis kan kak..betul 3 tahun okla, xblk pon xpe..keke...klu lbh dr tu..mst tak sgup..hehe...insya Allah klu ada rezeki bleyla lg kte ke sana..;)

Puan Gee said...

dalam sedar tak sedar dah setahun yer kak, sekejap ajer skrg... mmg selalu teeringat cov tue... terutama kalau cuaca panas sangat kat sini, mulalah terbayang2 baju tebal dgn glove kat sana

Suzana Abd Manan said...

Izu: Betul tu kalau setakat 3 tahun, ok lagi, kalau lebih tu, mesti nak balik Malaysia le pulak..hehe

Gee: Memang ingat sangat kat Cov, mcm kg sendiri lah pulak, kawan2 kat sanapun best2 kan..Insyallah kalau ada rezeki akan ke sana juga nanti..:)