Tuesday, June 01, 2010

Casa Impian 3

Sudah lama tidak bercerita pasal rumah idaman yang masih dalam pembinaan itu. Setakat hari ini, perkembangannya agak memberangsangkan. Kerja-kerja memasang tile, hampir selesai. Binaan pagar depan juga tinggal 20 peratus untuk siap. Kerja-kerja mengecat bangunan akan dimulakan esok. Setelah selesai semuanya, baru lah pintu dan tingkap di pasang. Insyallah, sebelum bulan Ramadhan, rumah ini bakal dihuni... insyallah.
Ini gambar rumah yang sempat di rakam minggu lepas.

2 comments:

mama ct said...

aduh kak zana...tak sabar rasanya nak hinggap ke istana ini...hahaha...

merasa lah akmi beraya di rumah baru kak zana this year ek?...

bila nak datang umah?..''istana'' kami pun dah siap keman ni...hahahaha

rindu lah pada kak zana...kalau dekat..dah mesti selalu sampai...

:)

Suzana Abd Manan said...

Salam siti, datang lah ye, nanti kita boleh buat BBQ sekali. Boleh ajak x Coventry datang nanti.. akak pun rindu ngan siti, haris dan aisyah. Mesti dah boleh lari si aisyah tu. Geram tengok dia.:)