Saturday, April 18, 2009

Bergelap!!

Malam tadi kami sekeluarga bergelap lagi untuk kali yang ke empat sejak balik dari UK. Bekalan elektrik mula terputus pada pukul 10.15 malam sewaktu aku menjemput Bariyah tusyen di sekolah. "Hai...orang TNB ni buat kerja ke tidak ni??" itulah runggutan yang keluar dari mulut-mulut 'comel' anak-anakku...hehe. Oleh kerana masing-masing macam cacing kepanasan duduk di rumah, aku dan suami mengambil keputusan untuk ronda-ronda di sekitar bandar Tangkak sambil mencari bekalan lilin dan ubat nyamuk. Tidak semua kawasan yang bergelap rupanya, cuma separuh-separuh sahaja. Jadi kami mengambil kesempatan untuk lepak-lepak di warung satay di hadapan Pejabat Pos Tangkak, dengan harapan, apabila balik nanti bekalan elektrik kembali pulih. Namun setelah selesai makan dan kembali semula ke rumah, keadaan masih sama. Malam itu kami banyak menghabiskan masa duduk-duduk di taman sampai mata mengantuk, barulah masuk ke dalam rumah. Anak-anak bertandang di bilik ku sampai bekalan elektrik kembali pulih jam 3.00 pagi. Selepas itulah baru kami dapat tidur dengan selesa. Harap-harap selepas ini tiada lagi 'black out' buat kali yang ke lima pula ...huhu

10 comments:

izuan murat said...

ish 4x dh b.out dlm bbrp bln? sabo je ler..Tp bestkn sesekali dpt mkn sate kt luar! hehee..

Dh lama xpi tangkak..izu pnh sek kt SMK Tun Mamat tu 3mgu sblm dpt maahad muar.:)

Suzana Abd Manan said...

To Izu: Kalau black out sekejap, ok lagi kalau lama,mmm...panas!! Nanti Izu datang le Tangkak, bukan jauh pun dekat je..:) Izu pernah duduk Tangkak ke??

izuan murat said...

Tak penah duduk sana..sek je sana yg aliran agama tu kak..so kene dok asrama..masa orientasi dahsyat izu kene rgging by seniors sek tu..bler dingat2..rse sakit ati jek lg..serius xptt derg ragging kami, teruk2 lak tuh.tu yg dapppat je offer maahad trus kte pdah sek..kakak2 senior hangin jer tgk!heee..

Suzana Abd Manan said...

To izu; Ooo...cam tu ceritanya, sapa lah yg meragging tuh..

Puan Gee said...

memang rimas kalau blackout lelama nin, tmbh plak cuaca panas mcm skrg ni. tp sib baik anak akak dah besar2 tu....

Suzana Abd Manan said...

To Gee: Betul tu, sib baik mereka dah besar2, kalu tidak teruk lah nak mengipas sorang2..hehe

ummi said...

HEmm..Kat Malaysia memang kena simpan lilinkan..Sebab memang tak menentu. RAsanya kat sini adala dua kali bergelap. Sekali kat Birm sekali kat Coventry. Tapi kat sini satu ja kalau electric tak dak masa musim panas, tak boleh bukak heater lah!!! Sejuk tak boleh nak lari mana..

Rasanya tiga bulan lepas adalah setengah jam electric off sebab apa masaalah tah, besoknya ada ornag ketuk isi borang bagi pampasan £20. Sebabnya letrik terpotong kat kawasan tu tak di inform awal. Finie cakap dgn Jamal, kalau macam ni tiap hari la potong letric setengah jam Dapat cover duit letrik sebulan!

Suzana Abd Manan said...

To Finee: Betul tu finee, memang kena stand by lilin takut2 black out lagi. Kalau kat UK dapat pampasan 20 pound utk setengah jam tak de elektrik, kalau kat sini mm..tunggu kucing bertanduk kot..hehe

nieja said...

wah bestnye..
lau UK dpt pmpasan lagi..
lau kat mlysia cmtu kan
bgus haha.. slalo takde letrik
pon takpe wkakkaka..

Suzana Abd Manan said...

To Nieja: Betul2, kalau dapat pampasan cam gitu, selalu2 tak ada letrik tak ada hal, kan...hehe