Wednesday, April 22, 2009

Gelap!

Anak-anakku semakin 'gelap', kerana cuaca kebelakangan ini sangat panas. Yang paling ketara ke'gelapan'nya ialah anak dara ku Atul. Ini bukan kerana apa, kerana dia terlibat dengan latihan kawad kaki Puteri Islam setiap hari di sekolah. Oleh kerana kerajinannya berkawad menjadikan mukanya nampak berbelang.. (Ish, kalau dia tau mak dia kata dia gelap dan berbelang tentu naik angin dia...hehe), Walaubagaimanapun hasil dari ketekunan dia berkawad hari-hari, akhirnya dia mendapat tempat kedua untuk pertandingan kawad peringkat sekolah baru-baru ini. Tahniahlah buat dia, bukan dia saja yang 'gelap', kawan-kawan diapun 'gelap-gelap' belaka...haha

4 comments:

izuan murat said...

Aihh tadela gelap mana akk ni..hehe. Tahniah utk atul n she's so sweet...mcm mak dia!;D

Suzana Abd Manan said...

To Izu:..haha...gelap le juga kalau dibanding masa duk uk dulu tu..hehe

nieja said...

atul...
betol la aunt ckp..
gelap da die skrg..
dah abes kwad tu, nant
putih blk la..

Suzana Abd Manan said...

Memang gelap pun nieja.. sebab dia pakai tudung jadi bahagian dalam tudung tu putih sikitlah, tu yg nampak berbelang tuh...hehe