Sunday, August 23, 2009

Ramadhan


Hari ini merupakan hari kedua bulan ramadhan dan ini merupakan kali pertama berpuasa di Malaysia sejak balik dari UK. Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana dipanjangkan usia bertemu lagi ramadhan pada tahun ini. Anak-anak juga dapat berkumpul pada ramadhan ini, sebab Mizi balik ke rumah untuk menyambut awal ramadhan bersama-sama.

Apa yang seronoknya bila berpuasa di Malaysia ialah suasananya lebih terasa. Bila malam kebanyakkan masjid penuh dengan jemaah. Oleh kerana anak-anak sudah besar-besar, bolehlah kami sekeluarga ke masjid untuk solat tarawikh. Anakku semuanya berpuasa, alhamdulillah.

Teringat aku sewaktu, mereka kecil dahulu, aku sudah mengajar mereka berpuasa sejak mereka berusia 6 tahun lagi. Untuk mengajar yang sulung tu yang agak payah sedikit, mana kala yang lain-lain tu, allhamdulillah lebih mudah, kerana yang sulung tu jadi 'role model' pada adik-adik. Bila abang long berpuasa, yang lain-lainpun nak ikut macam abang long juga, sebab kalau yang berpuasa tu, akan dapat layanan istimewa sikit. Mereka boleh pilih makanan apa yang mereka suka untuk berbuka nanti. Kalau yang tak puasa tu, tidak dapat keistimewaan itu. Itu yang masing-masing nak berpuasa juga tu..hehe.

Jadi kalau ada sesiapa yang ada anak-anak kecil, boleh lah ajar mereka berpuasa dari awal, insyallah lebih mudah bila mereka sudah bersekolah nanti. Salam Ramadhan untuk semua ye...

*Sedang memanggang ayam untuk juadah berbuka hari ini... baunya..mmm masyallah....cobaan....heheh

2 comments:

HalfBlood Princess said...

ouhh cobaan!hihihi...akk bestla kn dpt gi masjid bterawikh, kte smyg kt umah jer..gilir2 plak tu..rindunyer smyg terawikh bjemaah mse kt uia dlu. msh tbyg2!

Kak, thnx bg tips..;)

Suzana Abd Manan said...

Betul tu izu...cooobaan...hehe. Alah, masa akak anak kecik2 dulupun tak dapat nak sembahyang kat mesjid, sembahyang kat rumah aje, tu pun kena bersilat dulu dgn bebudak tu, ada yg masuk dalam telekung masa kita rukuk, ada yang naik kat belakang masa kita sujud...haih...macam tulah kalau dah ramai anak. Tapi bila dah besar ni, mudah lah sikit...insyallah.