Semalam genap lapan belas tahun usia kelahiran anak sulungku. Aku tidak menyangka yang aku mempunyai anak lelaki sebesar ini...hehe. Ini bermakna akupun dah tua..(insaf...) Masa aku melahirkan dia, usiaku baru duapuluh lima tahun. Memang untuk melahirkan anak sulung agak payah juga, maklumlah baru pertama kali melahirkan.. (tak pandai lagi) masa tu, aku tidak bekerja. Menjadi suri rumah sepenuh masa (baru 'grade'). Pengalaman melahirkan dia di HBKL akan menjadi kenangan sampai bila-bila (serik untuk aku bersalin di hospital kerajaan).Kalau ada masa aku akan ceritakan ye..
Wednesday, July 22, 2009
Lapan belas Tahun!!
Semalam genap lapan belas tahun usia kelahiran anak sulungku. Aku tidak menyangka yang aku mempunyai anak lelaki sebesar ini...hehe. Ini bermakna akupun dah tua..(insaf...) Masa aku melahirkan dia, usiaku baru duapuluh lima tahun. Memang untuk melahirkan anak sulung agak payah juga, maklumlah baru pertama kali melahirkan.. (tak pandai lagi) masa tu, aku tidak bekerja. Menjadi suri rumah sepenuh masa (baru 'grade'). Pengalaman melahirkan dia di HBKL akan menjadi kenangan sampai bila-bila (serik untuk aku bersalin di hospital kerajaan).Kalau ada masa aku akan ceritakan ye..
Thursday, July 16, 2009
Minum petang
Wednesday, July 15, 2009
Jagung
Lama sungguh rasanya tidak meng'update' blog ini. Sebenarnya tidaklah sesibuk mana pun, cuma mood untuk meng'update' tu yang tak ada....hehe. Beberapa minggu yang lalu, aku dan anak-anak bujangku berkesempatan ke kebun abang ipar di Segamat sekali lagi. Kali ini bukannya untuk memetik cili, tetapi untuk memetik jagung pula. Jagung manis nya sudah sedia untuk di petik. Jadi kami yang tidak pernah memetik jagung ini pun begitu teruja bila melihat pokok-pokok jagung yang banyak itu. Banyak jugalah hasil yang dapat di bawa balik. Jagung manisnya memang betul-betul manis...
Saturday, July 04, 2009
Ahli Baru

Kami sekeluarga mendapat ahli baru iaitu dua ekor hamster yang 'cute' bernama Chubby dan Chicky. Hamster ini adalah hadiah hari jadi untuk Hambaly. Sudah lama dia mahukan Hamster ini, tetapi aku berjanji akan membelikannya apabila sudah berada di Malaysia. Jadi sekarang ini, terpaksa lah tunaikan janjiku itu...huhu. Walaubagaimanapun, kehadiran dua ekor hamster ini menghiburkan. Seronok tengok mereka bergusti sesama sendiri...
Friday, July 03, 2009
Pasaria
Semalam sekolah aku ada mengadakan Pasaria atau Hari Usahawan, di mana setiap persatuan membuka gerai masing-masing. Aku berkesempatan menjual muffin coklat dan pandan pada hari itu. Alhamdulillah muffin ku habis kesemuanya. Tapi untuk membuatnya bukannya mudah seperti yang di sangka. Ini kerana untuk membuat muffin dengan banyak perlu mengadunnya beberapa kali kerana oven ku bukanlah sebesar mana. Begitu juga alat pemutar tepungnya hanya yang cukup untuk makan sekeluarga saja. Berpeluh-peluh jugaklah...hehe...tapi oleh kerana semuanya habis di jual, segala penat lelah terbayar juga. Tapi kalau nak buka kedai muffin, kena berhenti kerja lah jawabnya...haha
Thursday, June 25, 2009
Kek
Sejak akhir-akhir ini kerajinan membuat kek menjadi-jadi...hehe. Akibatnya berat badan pun bertambah-tambah le jawabnya.. Hari minggu yang lepas aku membuat 'cheese cake' sempena hari bapa. Manakala semalam, oleh kerana hari jadi Hambaly, aku buat pula kek cokolat untuk dia. Ini bukan kerana apa, kebetulan aku baru saja mengambil peralatan menghias kek dari rumah arwah ibu dahulu, jadi teringin pula hendak men'decorate' kek-kek tersebut. Walaupun baru hendak belajar-belajar (belum pandai pun lagi) namun dengan bantuan anak-anak terhasilah kek-kek yang sebegini 'cantik'nya. Nampak comot kan, tapi rasanya boleh tahan juga, hehe...
Wednesday, June 17, 2009
Blog

Aku mula berkenalan dengan 'blog' sejak tiga tahun yang lalu, ketika aku di Coventry. Pada masa itu, banyak masa terluang aku penuhkan dengan menulis blog. Aku memang minat menulis tidak kira dalam bentuk apa sekalipun. Misalnya aku suka menulis puisi, oleh itu lahirlah blog 'Dayang Senandung'ku yang menggunakan nama pena Azuna. Kalau ada sesiapa yang belum tahu, aku lah Noor Azuna Ali itu...haha. Kalau aku rasa hendak bercerita, aku akan menulisnya di blog 'I am the story teller'. Oleh kerana adanya blog, aku dapat meluahkan apa yang aku hendak tulis di blog-blog ini. Setakat ini aku telah mempunyai 4 blog!!... Wah..banyak betul kan...hehe. Tetapi untuk meng'update semua blog-blog ini, bukanlah mudah. Ia memerlukan komitmen yang tinggi. Sejak balik dari UK, blog ini sahaja yang masih aktif (mungkin kerana kekangan masa) Sementara blog-blog lain masih tetap di kemaskini kalau aku berkesempatan (suka hati akulah, blog aku...haha). Kalau ada sesiapa yang berminat hendak membaca blog-blog aku yang lain, bolehlah klik di sini suzanadiary, azunaonline dan azunali. Dari dunia bloglah aku mendapat ramai kenalan, jauh dan dekat. Kepada sesiapa yang belum ada blog, cuba-cubalah ber'blog'.
Tuesday, June 09, 2009
Bbq
Malam kelmarin aku memberi tugasan pada anak-anak untuk mengendalikan makan malam di luar rumah (bbq le tu). Mungkin dah jemu makan di dalam rumah, sekali-kali kalau makan di luar rumah seronok jugakan. Jadi masing-masing diberi tugas untuk makan malam tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hasil dari kerjasama mereka semua. Nampaknya makan di luar rumah memang seronok. Untuk pencuci mulutnya aku membuat cendol sebagai hidangan. Nampaknya semuanya licin di kerjakan anak-anak. Tapi yang tak 'bestnya' Mizi tidak ada (dia 'keluar'). Insyallah hari Khamis ni, dia balik. Jadi kalau dia balik nanti boleh buat lagi macam ini.
Thursday, June 04, 2009
Ilham

Aku sekeluarga baru saja pulang dari bercuti di Ilham Beach Resort yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Resort yang berkonsepkan seni bina Melayu, ini sungguh selesa untuk percutian keluarga. Aku membawa bersama ibu mertuaku bercuti bersama. 'Appartment' yang ditempah betul-betul mengadap kolam renang. Apa lagi kami pun tidak sabar-sabar lagi untuk terjun dan berenang ke dalamnya. Resort ini juga tidak jauh dari pantai, tetapi anak-anak lebih berminat untuk berenang di kolam renang sahaja berbanding berenang di laut. Aku juga berkesempatan berendam sama...hehe


Ini gambar ibu mertuaku dengan bibiknya
Monday, June 01, 2009
Cuti
Cuti sekolah ini, banyak sangat pemintaan dari anak-anak untuk pergi jalan-jalan. Memandangkan suami sibuk dengan kerjanya, jadi aku tidak punya idea untuk ke mana-mana. Semalam cuma sempat bawa anak-anak membeli belah barang-barang keperluan di Mydin Ayer Keroh. Setelah di fikirkan tempat yang sesuai untuk bawa anak-anak dan ibu mertuaku jalan-jalan, aku ambil keputusan untuk ke Ilham beach resort sahaja esok. Ibu mertuaku sudah beberapa kali bertanya, ke mana kami hendak membawa dia bercuti, cuti sekolah ini. Oleh kerana kesihatannya tidak mengizinkannya berjalan jauh, jadi aku rasa Ilham Beach Resort ini yang paling sesuai. Resort ini merupakan tempat percutian kami sewaktu anak-anak kecil dahulu. Masa tu suami kerja di PNB, jadi kami dapat harga 'staff' untuk bercuti di situ. Tapi sekarang ni kena harga biasa lah jawabnya. Insyallah esok kami akan ke sana...
Sunday, May 31, 2009
Al-fatihah
Pagi tadi aku baru balik dari menziarahi jenazah kawan baik ku Allahyarham Misliah, yang kembali ke rahmatullah kerana penyakit kanser hati. Kami berkawan sejak dari bangku sekolah lagi. Tak sangka pula bila aku pindah ke Tangkak dulu, dia pun sama-sama baru pindah dan dapat mengajar di sekolah yang sama. Dia merupakan seorang sahabat yang baik. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah hendaknya...Amin
Sunday, May 24, 2009
'Exam'
Minggu ini merupakan minggu peperiksaan untuk anak-anakku. Jadi cuti hari minggu, kami tidak kemana-mana, cuma sekadar ke pasar tani dan pasar malam sahaja. Masing-masing sibuk membuat ulangkaji. Lepas ini aku pula yang akan sibuk menanda kertas peperiksaan. Harap-harap aku dapat siap menanda jawapan pelajar sebelum cuti sekolah nanti. Kalau boleh masa cuti nanti aku tidak mahu memegang langsung skrip-skrip jawapan pelajar, kerana aku ada projek MEGA yang hendak di siapkan pada cuti sekolah ini...hehe. Mizi juga sedang menghadapi peperiksaan akhirnya pada minggu ini. Harap-harap dia juga dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik... amin...
Thursday, May 21, 2009
Tumbuh
Selepas pulang dari melawat kebun bapa saudaranya di Segamat tempoh hari, Hambaly bersemangat untuk menanam beberapa pokok cili dan terung di laman rumah. Hari-hari dia akan menyiram pokok-pokok tersebut dan menunggu ianya tumbuh. Dia akan melaporkan setiap perkembangan terbaru, pokok-pokok yang ditanamnya itu pada aku. Seronok juga tengok anakku ini yang minat bercucuk tanam. Mudah-mudahan tak payahlah nak beli cili dan terung di pasar lagi...
Monday, May 18, 2009
Hari Guru

Hari Guru di peringkat sekolah di rayakan hari ini. Tiga tahun tidak berpeluang menyanyikan lagi popular 'Guru Malaysia'. Tetapi hari ini aku berpeluang menyanyikannya semula (lepaskan gian le tu...hehe.. nasib baik tak hujan). Sambutan di sekolah agak meriah juga. Banyak acara guru yang diadakan dan yang paling menarik ialah acara bowling menggunakan buah kelapa. Sebenarnya bukannya senang hendak mendapat mata kerana buah kelapa yang di golek kadang-kadang melompat-lompat sebelum mengena sasaran. Ini yang buat kami tidak kering gusi dibuatnya. Walaubagaimanapun hari ini, kami betul-betul seronok, lebih-lebih lagi bila dapat menyaksikan anak-anak murid yang membuat persembahan yang bermacam-macam untuk hiburkan cikgu-cikgunya.. Terima kasih lah ya, muridku semua atas ucapan dan hadiah-hadiah yang diberi. Cikgu doakan semuanya akan menjadi manusia yang berguna kelak... amin
Gambar di bawah ialah aksi juara bowling kelapa...haha

Friday, May 15, 2009
Selamat Hari Guru
Hari ini merupakan hari guru. Tiga tahun aku tidak merayakannya dan dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada rakan-rakan guru semua. Semoga kita semua akan jadi guru yang terbilang.
Hari ini juga aku rasa seronok sebab semua anak-anak ada di rumah. Jadi, biasalah kalau ada anak-anak, aku merajinkan diri ke dapur. Hari ini pagi-pagi lagi, aku sudah menyiapkan anak-anak dengan sarapan mini pizza. Tengah hari pula aku bercadang masak ayam masak tomato. Manakala sebelah petang ada jemputan kenduri rumah ibu mertua sebab ada seorang cucunya akan ke Doha (bekerja) pada minggu hadapan.
Sebelah malam...mmm....PASAR MALAM!!...
Hari ini juga aku rasa seronok sebab semua anak-anak ada di rumah. Jadi, biasalah kalau ada anak-anak, aku merajinkan diri ke dapur. Hari ini pagi-pagi lagi, aku sudah menyiapkan anak-anak dengan sarapan mini pizza. Tengah hari pula aku bercadang masak ayam masak tomato. Manakala sebelah petang ada jemputan kenduri rumah ibu mertua sebab ada seorang cucunya akan ke Doha (bekerja) pada minggu hadapan.
Sebelah malam...mmm....PASAR MALAM!!...
Thursday, May 14, 2009
Guru II
Menjadi seorang guru, memang seronok. Hari-hari kita akan menyampaikan perkara-perkara yang baik pada anak-anak murid. Anak-anak murid pula akan beri salam setiap hari pada kita (mendoakan kesejahteraan). Kita juga punya ramai kawan, yang baik-baik...alhamdulillah.Cabarannya ialah bila berdepan dengan anak-anak murid yang nakal-nakal. Sebenarnya mereka ini mahukan perhatian. Mungkin mereka ini tidak mendapat perhatian di rumah. Itu yang membuatkan mereka mencari perhatian di sekolah. Kadang-kadang tindakan mereka membuatkan kita kurang sabar. Apa yang aku selalu buat kalau berdepan dengan situasi ini, aku tarik nafas panjang-panjang dan selawat banyak-banyak. Insyallah segalanya akan terkawal. Doakan hati mereka ini menjadi lembut. Ingatlah, doa seorang guru memang mustajab.
Wednesday, May 13, 2009
Guru I

Hari ini rasa hendak berkongsi pengalaman sebagai guru. Sebenarnya cita-cita masa kecil dahulu hendak jadi doktor (ni masa 6 ke 7 tahun kot..hehe, sebab selalu jumpa doktor, tu yang nak jadi doktor tu), tetapi selepas itu semasa sudah bersekolah menengah pula bercita-cita hendak jadi 'lawyer' lah pula. 'Lawyer' ni, sebab arwah abah dulu memang mahu anak dia jadi lawyer...(lawyer...mejestret...macam dalam cerita Kassim Selamat tu..) Biasalah, semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak-anak kan. Yang boleh jadi cikgu, ni sebab arwah mak yang suka sangat anak dia jadi cikgu. Mmm...cikgu pun cikgu lah.
Aku mula mengajar masa tahun 1993 lagi, bermakna sudah lebih kurang 16 tahun mengajar tapi di tolak cuti tanpa gaji selama 3 tahun jadi 13 tahun...huh!! lama tu...) Sekolah pertama aku ialah SMK Lembah Keramat dan kemudianya berpindah ke SMK Lembah Keramat 2. Sekolah ini majoriti pelajarnya berbangsa Melayu. Jadi cabarannya tidak berapa banyak berbanding dengan sekarang yang sekolah nya mempunyai pelbagai kaum. Sejahat-jahat anak-anak ini pun, masih ada rasa malu pada cikgunya dan masih ada rasa hormat pada orang tua.
Jadi sepanjang aku mengajar di sana dulu, alhamdulillah tiada kes budak yang biadap dan 'kurang asam' (kalau kurang ajar, boleh kita ajarkan dia). Apa yang aku ingat, anak-anak muridku masih ramai yang menghubungi aku sampai sekarang. Dan ada pula yang sudah jadi doktor, jurutera, lawyer dan ada yang sudah popular seperti Abby Abadi, Fify (bersamamu TV3 tu) dan ramai lagi. Aku bukanlah seorang guru yang garang. Hendak buat-buat garangpun tak pandai. Jadi kalau budak-budak yang nakal-nakal tu, aku buat kawan dengan dia. Lama-lama diapun malu sendiri dengan cikgu dia ni. Akhirnya dia tidak buat kacau masa aku mengajar (itu dah kira baik) sekurang-kurangnya kelas kita aman....
(bersambung...)
Tuesday, May 12, 2009
Macam-macam
Macam-macam berlaku pada dua tiga hari ini.Pertama: Sambutan hari Ibu di sambut oleh anak-anak di Restoren Aza (Restoren abang ipar). Tak sempat nak bergambarpun. Imam belanja!! Terima kasih lah anak-anakku atas hadiah-hadiah itu.
Kedua: Hari Ahad pergi ke Klang ada kenduri kahwin saudara sebelah suami, dalam perjalanan balik kereta kehabisan air (bukan minyak ye..hehe) Nasib baik, sedar awal bila suhu enjin naik mendadak. Alhamdulillah ada orang datang "bantu".
Ketiga: Malam semalam cubaan memecah masuk rumah, gagal kerana suamiku sebelum tidur tergerak hati untuk menambah satu lagi kunci di pintu dapur serta memaku 'mati' kunci tersebut sehingga, pencuri gagal membukanya....alhamdulillah. Dia hanya dapat mengumpil tingkap (tapi gagal masuk kerana ada grill) dan mengopakkan pintu pagar belakang sahaja. Laporan polis telah dibuat dan polis juga ada datang memeriksa dan menurut beliau, orang yang melakukan telah dapat di kesan, tapi belum berjaya di tangkap... (nak sedapkan hati lah tu..)
Keempat: Rasa badan tak berapa sihat. Semalam MC satu hari, sebab rasa macam hendak pitam dan loya... (tak mungkin mengandung kot...hehe) Doktor mengesahkan aku kekurang darah... dan tekanan darah rendah. ( Macamana boleh jadi macam tu ek??)

Gambar atas : Anak-anak dan ibu balik sekolah....
Gambar bawah: Main bola keranjang.
Friday, May 08, 2009
Selamat Hari Ibu
(I miss her so much)
Monday, May 04, 2009
Roti Tisu
Roti tisu memang salah satu makanan kegemaranku sekeluarga. Biasanya kita boleh dapat makanan ini di restoren-restoren mamak sahaja. Nak buat sendiri, memang tak pandai. Jadi untuk makan makanan ni kenalah ke restoren mamak. Sesekali sempat juga kami menikmati roti ini di sekitar bandar Tangkak, terutama bila hari cuti. Ini ada gambar anakku yang keempat sedang menikmati roti kegemaran. Dia ni memang suka makan apa saja...haha
Sunday, May 03, 2009
Menu

Malam tadi berkesempatan makan ikan bakar di Anjung Batu, Serkam. Tapi kali ini aku sekeluarga tidak berpuas hati dengan 'service' yang di beri oleh warung ikan bakar tersebut yang sebelum ini memang bagus. Mungkin kerana pengunjung pada malam tadi begitu ramai sehingga kakitangannya tidak cukup tangan. Makanan yang di 'oder' sampai lambat dan berperingkat-peringkat dan hendak menunggu makanan yang seterusnya sampai, anak-anak sudah hilang selera makan.
Jadi hari ini aku terpaksa memikirkan menu yang agak istimewa untuk keluarga. Nasi ayam menjadi pilihan. Setelah bertungkus lumus di dapur, inilah hasilnya. Petang nanti terpaksa bergegas ke PD pula untuk menghantar anak bujangku pulang ke asrama. Ini adalah cuti terakhirnya sebelum cuti semasternya nanti.
Friday, May 01, 2009
Futsal
Cuti hari pekerja hari ini, dimanfaatkan untuk mengemas rumah pada sebelah pagi. Manakala pada sebelah petang pula kami sekeluarga bermain futsal di gelangang futsal tidak jauh dari rumah. Dapatlah juga mengeluarkan peluh walaupun aku hanya dapat beberapa kali saja menyepak bola...hehe. Mana tidaknya anak-anak lelaki dan anak-anak saudara yang turut bermain, memang sudah mahir bermain permainan tersebut. Tujuan aku bermain cuma hendak mencukupkan korum sahaja. Tak apalah, janji pada petang tadi kami betul-betul "enjoy!"
Sunday, April 26, 2009
Cili
Masa di UK dulu, suka memetik stawberry bila tiba musim panas, tapi di sini kami berkesempatan memetik cili pula. Petang tadi kami ke ladang cili abang iparku yang terletak di Segamat untuk memetik cili padi yang ditanam secara komersial. Sayangnya masa memetik tidak boleh dimakan terus, macam memetik strawberry dulu. Tapi memang seronok apabila berjaya memetik hampir sebaldi kecil cili-cili tersebut. Ini ada gambar yang sempat di rakam masa memetik tadi..

Saturday, April 25, 2009
Ronda
Aktiviti petang yang selalu di lakukan aku dengan anak-anak ialah bermain bola keranjang atau ronda-ronda sekitar taman dengan berbasikal. Oleh kerana badan semakin tembam sejak balik UK ni, aku memaksa diri ini untuk bersenam. (Tak boleh jadi ni, banyak baju yang dah sempit.?.mmm baju ke yg sempit atau orangnya kah yang mengembang??....huhu)
Friday, April 24, 2009
Raihan
Wednesday, April 22, 2009
Gelap!
Saturday, April 18, 2009
Bergelap!!
Malam tadi kami sekeluarga bergelap lagi untuk kali yang ke empat sejak balik dari UK. Bekalan elektrik mula terputus pada pukul 10.15 malam sewaktu aku menjemput Bariyah tusyen di sekolah. "Hai...orang TNB ni buat kerja ke tidak ni??" itulah runggutan yang keluar dari mulut-mulut 'comel' anak-anakku...hehe. Oleh kerana masing-masing macam cacing kepanasan duduk di rumah, aku dan suami mengambil keputusan untuk ronda-ronda di sekitar bandar Tangkak sambil mencari bekalan lilin dan ubat nyamuk. Tidak semua kawasan yang bergelap rupanya, cuma separuh-separuh sahaja. Jadi kami mengambil kesempatan untuk lepak-lepak di warung satay di hadapan Pejabat Pos Tangkak, dengan harapan, apabila balik nanti bekalan elektrik kembali pulih. Namun setelah selesai makan dan kembali semula ke rumah, keadaan masih sama. Malam itu kami banyak menghabiskan masa duduk-duduk di taman sampai mata mengantuk, barulah masuk ke dalam rumah. Anak-anak bertandang di bilik ku sampai bekalan elektrik kembali pulih jam 3.00 pagi. Selepas itulah baru kami dapat tidur dengan selesa. Harap-harap selepas ini tiada lagi 'black out' buat kali yang ke lima pula ...huhu
Saturday, April 11, 2009
Ujian lagi
Minggu ini agak sibuk. Ujian penilaian ke 2 di sekolah bermula untuk bulan April pula. Rasanya baru habis ujian, bulan lepas sudah ada ujian lagi untuk bulan ini. Bukan saja pelajar-pelajar yang 'stress', guru-guru juga sama. Ini bermakna soalan perlu disediakan dengan skema jawapan sekali dan yang paling sibuk ialah terpaksa menanda kertas jawapan pula. Bayang kan aku terpaksa menanda kertas jawapan untuk 6 kelas menengah atas yang tidak banyak soalan objektif. Oleh kerana sudah tiga tahun tidak menanda kertas, 'skill' menanda kertas agak 'slow' sedikit. Masa-masa beginilah aku teringat kerja di Coventry dulu, walaupun menggunakan tulang empat kerat, tetapi tidak 'stress' langsung..... huhu, Kalaulah ada kerja yang macamtu di sini kan 'best' hehe
Friday, April 03, 2009
Taman


Hari ini, berkesempatan untuk menghias taman. Kerja-kerja menanam dan mengecat bangku taman dilakukan bersama-sama. Pokok-pokok bunga diambil dari rumah arwah ibu, yang banyak terbiar sejak ibu tiada. Pokok-pokok itu perlukan perhatian untuk berbunga. Alhamdulillah sejak dibawa ke rumah ini, banyak juga pokok-pokok yang telah mengeluarkan bunganya, walaupun tidak berbau. Di Malaysia ni, pokok bunga tidak mengira musim, ia akan berbunga sepanjang tahun, bersyukurlah....alhamdulillah..
Subscribe to:
Posts (Atom)



